Aug 29, 2011

Risks Management: The Practice in Construction Industry -- Legal Perspective

Risks Management: The Practice in Construction Industry -- Legal Perspective
1. What is "risk"?
2. The spectrum
3. Clauses in Forms of Contracts (Public and Private contracts), which involve:
    a. The performance of the works
    b. njuries to workmen
    c. Damage to project
4. Types of managing risks
5. What is "indemnity?"






Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan

Berikut adalah gambar-gambar (yang menerangkan beribu-ribu perkataan) berkaitan 2 kali lawatan saya ke Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan:







Untuk butiran lanjut, anda boleh melawat laman sesawang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmatan-kami/kemudahan-rekreasi/380




GARISPANDUAN DALAM MEMBERI KETERANGAN DI MAHKAMAH


Berikut ini diberikan garispanduan ringkas kepada saksi yang memberikan keterangan:
Pertama, jangan berbohong. Jika kita tidak pasti atau tidak tahu mengenai sesuatu yang ditanya, maka jawablah “Tidak pasti” atau “Tidak tahu”. Ini memudahkan dan menjimatkan proses perbicaraan;
Kedua, tujuan kita menjadi saksi adalah demi menegakkan keadilan kepada semua pihak. Dengan itu jika kita bercakap benar, jujur ikhlas dan tanpa buruk sangka, maka tentunya keadilan dapat ditegakkan.
Ketiga, cukupkan persediaan (teliti dan rapi) untuk menjadi saksi – maklumat, dokumen sokongan, dan seumpamanya adalah penting. Jangan terlupa untuk membawanya, dan pastikann tidak tertinggal dirumah atau pejabat!
Keempat, jangan terjebak dengan sengaja memberi keterangan palsu, kerana ianya suatu kesalahan/jenayah, terutamanya dibawah peruntukan seksyen-seksyen 191-200 Kanun Kesiksaan (N.M.B Bab 45).

Di atas adalah cabutan daripada artikel, Abdul Aziz Hussin (2003) Peranan Keterangan Dalam Pembuktian Kes Mahkamah. Majalah MATRA. Kuala Lumpur: Persatuan Bekas Polis Malaysia, Januari-Mac (14): 5-8.



Miskin

Miskin, atau susah (poor) biasanya merujuk kepada tahap ketidakupayaan seseorang menyusuri kehidupan hariannya dengan selesa akibat ketidakcukupan yang semunasabahnya (daripada aspek kewangan, mampu dapat, makanan, keperluan hidup yang lazim). Lawan bagi "miskin" "adalah kaya" (rich).


Namun perkataan "miskin juga digunakan dalam banyak konteks dan perspektif. Cuba kita tinjau/susuri (explore) hal ini dengan lebih mendalam:

Pertama, daripada perspektif seantero dunia, perkataan "miskin" digunakan sebagai nama orang, nama perniagaan, nama tempat, dan sebagaimya, misalnya,
a. Faiznur Miskin, Jehan Miskin (dua nama yang agak popular dalam bidang masing-masing). Ada juga namanya Chandan Miskin, Murray H Miskin, Rebecca Miskin, Oussama Miskin, Dr. Pandurang Miskin,  Dr. Murray Miskin, dan lain-lain lagi.
b. MISKIN Scraper Works, Inc. iaitu sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang terlibat dalam pembinaan peralatan kejuruteraan dan peralatan pembinaan. Ada juga nama syarikatnya, Miskin-IT, iaitu syarikat teknologi maklumat.
c. Menurut Wikipedia (2011), Miskin (Welsh: Meisgyn) is a village approximately 2 miles south of Llantrisant in the county borough of Rhondda Cynon Taf, Wales.
d. Terdapat satu blog milik seorang peguam, iaitu miskinlaw.blogspot.com
e. Terdapat sebuah institusi, yang namanya Miskin Theatre, yang beralamat di North West Kent College, Oakfield Lane, Dartford, United Kingdom.


Daripada perspektif ekonomi dan pengurusan sosial (oleh organisasi dan pemerintah), pengklasan "miskin" (termasuk "miskin tegar")(produktif dan tidak produktif) dan bukan miskin adalah perlu bukan sahaja bagi tujuan perangkaan (statistik) tetapi juga bagi tujuan diberikan bantuan, pendidikan, perancangan dan pengurusan sosial yang lain. Untuk takrif "miskin" dan "miskin tegar" bagi maksud pengurusan negara dan sosial, lihat http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi.






Daripada perspektif agama Islam, Rasulullah SAW amat bimbang bahawa kemiskinan (kemelaratan hidup/kepapaann/kefakiran) boleh menjerumuskan orang Islam kepada kekufuran.

عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « كاد الفقر أن يكون كفرا ، وكاد الحسد أن يغلب القدر

Hadis riwayat Imam Baihaqi


Ertinya,
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik; sabda Rasulullah SAW: "Hampir-hampir kefaqiran membawa kepada kekufuran dan hampir sahaja sifat hasad mengalahkan ketetapan qadar (Allah).


Disinilah salah satu peranan wang zakat, institusi zakat dan umat Ilam untuk berzakat. Ini kerana zakat boleh disalurkan dalam perbagai cara untuk membantu golongan miskin (bantuan kewangan, pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan seumpanaya.


Berbalik kepada sebab musabab miskin. Pertama, ada berlaku seseorang itu menjadi miskin kerana kejadian tertentu. Misalnya ia terjadi kerana "malang", yakni ditakdirkan Ilahi. Contohnya, dia mempunyai bendang, kebun atau kolam  perikanan, namun penyakit atau haiwan atau musibat alam datang dan memusnahkan bendang, kebun dan kolam perikanan. Begitu juga kerana kejatuhan ekonomi dunia, maka perniagaan seseorang telah lumpuh, dan pengusahanya bankrap.

Kedua, seseorang itu menjadi miskin kerana tidak mampu mengejar masa/perubahan dan sepertinya. Misalnya seorang yang terlibat dalam perusahan teknologi maklumat yang mengeluarkan produk tertentu. Selepas beberapa waktu (selepas mengalami zaman yang cerah dan "boom"), dia mendapati perniagaannya amat menjunam turun akibat dia tidak dapat menyaingi teknologi baru atau produk baru.

Ketiga, kemiskinan berlaku kerana kurang usaha atau malas. Banyak peluang yang ada disekelilingnya, namun dia lebih suka "menyepi diri", dengan tenangnya tinggal berselimut di rumah, dan menganggap tiada apa yang berlaku dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Malah anak bini yang mengerah tenaga untuk "menyuap" dirinya, sehinggalah pada suatu ketika, lalang panjang disekeliling rumah dan pokok menjalar hingga ke atas bumbung (dan ular, lebah dan burung pun sudah membuat sarang). Manusia jenis apakah ini????

Keempat, miskin ikhtiar. Orang jenis ini, berlainan daripada yang di atas, iaitu dia tidak mahu atau enggan berikhtiar. Ibnu Sina menyatakan bahawa ikhtiar sebagai kekuatan untuk memilih.  Kekuatan untuk memilih ini pula berdasarkan atas daya dan pengetahuan yang diberikah Allah melalui upaya dan intelek manusia, sehingga ia dapat memilih sesuatu yang akan dikerjakan atau tidak dikerjakan. Menurut Muhamad Husain Haekal, jabariah ilmiah berpendapat, ikhtiar yang ada pada kita dalam kehidupan ini ialah ikhtiar nisbi iaitu banyak  bergantung kepada keperluan hidup sosial dari segi praktisnya.
Kelima, miskin yang dicari. Contohnya, dia memang suka berjudi (untuk pengetahuan pembaca, antara saham yang boleh dikatakan sentiasa untung adalah saham syarikat perjudian. Ini membawa maksud syarikat itu sentiasa untung, dan tentunya syarikat untung kerana aktiviti perjudian. Atas sifat judi itu sendiri, ia membawa maksud ada pihak yang rugi. Siapakah pihak itu? Para penjudi!!!). Orang yang suka minum arak, menggunakan dadah, berfoya-foya, juga termasuk di dalam kumpulam "miskin yang dicari". Ada orang yang hidup bermewah-mewah atau sengaja menunjukkan bahawa "aku mewah", walhal pada hakikatnya dia terpaksa berhutang, menjalankan banyak kerja siang malam untuk mencari wang, atau terlibat pula dengan aktiviti haram termasuk rasuah, hanya kerana perlu mencari wang. Ini juga satu lagi kelompok manusia yang "mencari miskin" (atau miskin yang dicari).


Namun, banyak juga HIDUP MANUSIA MEMANDANG HARTA...

Jus Lemdu

Jus Lemdu (lemdu tu adalah kombinasi lemon+madu)(madu tu pula, maksudnya madu lebah...)

Bahan-bahan:
Sebiji lemon
2 sudu besar madu
2 gelas air

Caranya:
Perah lemon, ambil kulit, ops, ambil air jer, dan campurkan dengan madu dan air, dan kacau supaya sebati.

Nota:
Boleh diminum suam (iaitu air tadi digunakan air suam). Boleh juga diminum sejuk, iaitu caranya air tadi dibawa pergi ke Kutub (ops, dimasukkan ais la wey...)

Aug 27, 2011

Riak Wajah Seorang Guru

Apabila saya meneliti riak wajah saya sebagai "guru"/fasilitator dalam majlis-majlis perkongsian ilmu, saya dapati ianya berubah-ubah: serius, ceria, tegas, kelakar, selamba dan sebagainya. Saya dapati perubahan riak wajah ini berlaku secara spontan, antaranya, disebabkan faktor-faktor berikut:
       Berat ringan sesuatu tajuk perbincangan
       Sambutan para peserta
       Situasi sekitar majlis ilmu tersebut
       Tahap kecergasan diri
       Persediaan (diri sendiri dan oleh Urusetia majlis)
       Kondisi persekitaran (panas/sejuk, luas sempit tempat dan seumpamanya)
       Masa (misalnya sesi pagi lebih ceria berbanding sesi petang)
       Tahap/kategori peserta (pangkat tinggi/rendah, tahap pengetahuan sedia ada peserta)
       Jenis majlis/ceramah (Ceramah kuliah agak berlainan deriarasa berbanding ceramah/bengkel khas)

Cuba para pembaca perhati/teliti riak wajah saya dan analisis berdasarkan faktor-faktor di atas.




Namun, daripada pespektif "guru"/fasilitator, antara penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu majlis ilmu adalah seperti berikut:
       Persediaan semua pihak, terutama oleh guru sendiri
       Penerimaan semua pihak
       Gaya persembahan oleh guru
       Tahap kebolehteriama, toleransi pihak-pihak
       Kesediaan pihak-pihak untuk berkongsi ilmu, termasuk guru itu sendiri
       Kepakaran/kemahiran guru
       Tempat majlis diadakan
       Kondisi diri, terutama guru, seperti lapar/kenyang, letih/cergas, 
       Kondisi tempat seperti panas/sejuk, terang/gelap, harum/busuk
       Tempoh majlis dilaksanakan

Apapun, adakalanya saya sebagai guru juga perlu berguru. Begitulah ilmu, dimana seperti pesan alim ulama dan Rasul, bahawa kita hendaklah menuntut/belajar ilmu (ilmu yang bermanfaat)

Tapi, guru pun mau santai juga...kan?


Prosedur dan Proses Tindakan Tatatertib Penjawat Tidak Hadir Bertugas

Prosedur dan proses tindakan pengurusan dan tindakan tatatertib penjawat (di sini dirujuk spesifik kepada badan berkanun Persekutuan) yang tidak hadir bertugas adalah seperti berikut:


"Ketidakhadiran" (bagi maksud tindakan tatatertib) membawa tiga maksud berlainan, iaitu,
Ketidakhadiran Tanpa Cuti, atau
Ketidakhadiran Tanpa Kebenaran, atau
Ketidakhadiran Tanpa Sebab Yang Munasabah




1. Ketidakhadiran Tanpa Cuti


2. Ketidakhadiran Tanpa Kebenaran


3. Ketidakhadiran Tanpa Sebab Yang Munasabah






Proses/Prosedur Tindakan




Lawatan ke Phuket, Thailand

Pertengahan tahun 1998, saya mengetuai satu rombongan kecil lawatan rasmi ke selatan Thailand, termasuk Phuket.

Antara produk yang di war-warkan adalah alam semulajadi

Elemen estetika dan "kejadian" juga ditawarkan sebagai destinasi pelancongan, misalnya Pulau Kecil Ko Tapu (Pulau Siput), yang kemudiannya diwar-warkan sebagai "Pulau James Bond" (hanya kerana ada slot adegan filem James Bond 007 bagi filem, "The Man With the Golden Gun", membuat pergambaran di sini dalam tahun 1974. Mereka kembangkan pula produk pelancongan dengan jualan barang karang dan kraftangan karang.




Yang menarik adalah perkampungan orang Islam di pulau kecil Panji (Ko Panji) yang rata-rata asal usul penduduknya adalah yang berhijrah daripada kepulauan Jawa Indonesia. Kebanyakan rumah dan destinasi pelancong (seperti kedai jualan kraftangan dan restoran) adalah di atas air. Di sini juga terdapat sekolah dan masjid

 

 Saya mewakili organisasi saya menyampaikan derma (wang) untuk Masjid Pulau Panji

 


Berikut pula produk-produk pelancongan yang "dipasarkan" kepada pelancong: