PENDAHULUAN
Doktor pada hari ini semasa pelaksanaan tugas-tugasnya perlulah setiap masa berhati-hati agar tidak dikenakan liabiliti-liabiliti tertentu terutamanya berkaitan dengan perlakuan jenayah dan tort kecuaian. Selain daripada itu, kadangkala doktor juga hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan—samaada sebagai saksi biasa atau sebagai saksi pakar. Bagi tujuan ini doktor perlulah memahami beberapa prosedur tertentu.
Kertas ini membincangkan kedua-dua perkara di atas, iaitu mengenai liabiliti dan berkaitan skop doktor memberi keterangan di mahkamah.
LIABILITI-LIABILITI
A. LIABILITI DOKTOR DI BAWAH JENAYAH
Dibawah undang-undang jenayah beberapa bidang berikut perlulah diberi perhatian serious oleh doktor:
a. Pengguguran Anak
Peruntukan seksyen-seksyen 312 hingga 316 Kanun Kesiksaan (N.M.B. 45) adalah relevan:
Seksyen 312- Perbuatan menyebabkan keguguran
Seksyen 313- Perbuatan menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan perempuan
Seksyen 314- Kematian disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan dengan niat hendak menyebabkan keguguran, jika perbuatan dilakukan dengan tiada kerelaan perempuan.
Seksyen 315- Perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan.
Seksyen 316- Menyebabkan kematian anak yang belum lahir yang telah bersifat dengan suatu perbuatan boleh terjumlah kepada kesalahan mematikan orang dengan salah.
R.v. Bourne
(1939) 1 K.B. 678
Membuang kandungan kanak-kanak mangsa rogol
Q : Mengekalkan/memelihara nyawa ibu?
Keputusan : Tafsirkan dengan munasabah
P.P v. Dr. Nadason Kanagalingam
(1985) 2 M.L.J. 122
….. perlu diperluas untuk merangkumi juga “menyelamatkan kerosakan mental ibu”.
b. Penggunaan Bahan Radioaktif
Akta Benda-Benda Radioaktif 1968.
(Mengenai kawalan penggunaan bahan-bahan radioaktif)
c. Memberi Ubatan Yang Diaduk
Akta Jualan Makanan dan Ubatan 1952
(Peraturan mengenai pemberian ubat-ubatan yang diaduk)
d. Mengawal Penyakit Berjangkit
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terutamanya tindakan yang perlu diambil dalam kes terjadinya/ditemui kes penyakit berjangkit, dibawah peruntukan seksyen 10(2), seksyen 22 dan seksyen 24 (a) (b) Akta tersebut.
e. Pelaporan Kes Penzaliman Terhadap Kanak-kanak
Akta Kanak-kanak 2001,
Seksyen 2(1)- Takrif “kanak-kanak” yakni yang berumur kurang 18 tahun
Seksyen 19- Melaporkan kes-kes penganiayaan.
B. LIABILITI DI BAWAH KECUAIAN
Dibawah undang-undang tort kecuaian pula, kes-kes berikut diharap dapat memberi panduan berguna kepada doktor, terutamanya semasa merawat pesakit:
R. v. Bateman
(1925) 94 L.J.K.B. 79
“Tugas doktor kepada pesakit … perlu laksanakannya dengan suatu tahap kemahiran dan berhati-hati atau berjaga-jaga yang munasabah dan berpatutan”.
Ujiannya, kes Bolam v. Frier Hospital Management Committee
(1957) 1 W.L.R. 582, dan Rich v. Pierpont (3F & F35; 1976 E.R. 16)
Mariah bte Mohamad (Pentadbir Pesakit Wan Salleh bin Wan Ibrahim, simati) v. Abdullah Daud (Dr. Lim Kon Eng & seorang lagi, pihak ketiga)(1990) 1 M.L.J. 240
Tidak guna CAT scan, kerana tiada dan oleh itu tebuk kepala. X meninggal dunia. Doktor didakwa cuai. Keputusan: Tidak cuai.
Kathavarayan v. Ng Sup Mui dan seorang lagi
(1987) 1 M.L.J. 246
Balutan POP ketat. Pesakit mengadu, tapi cuma diberi ubat tahan sakit. Akibatnya menjadi “volkmann’s Is”, mati kakinya kerana kekurangan pengaliran darah. Kaki dipotong. Keputusan: Doktor cuai.
Kow Nan Seng v. Nagamah dan beberapa orang lagi.
(1962) 1 M.L.J. 128
POP ketat. Kakinya kemudian membengkak.
Keputusan: Doktor cuai.
Chin Keow v. Kerajaan Malaysia dan seorang lagi
(1967) 2 M.L.J. 45
Pesakit barah lutut dan bengkak kelenjar. Doktor menyuntik penisilin procaine. Pesakit meninggal dunia satu jam kemudian.
Keputusan: Perlu semak sejarah pesakit (di mana Kad Rawatan Pesakit Luarnya dicatat “Alahan Kepada Penisilin”.
Siasatan Mahkamah Koroner No. 1586/83
(1983) 3 M.L.J. cxxxv
(Sama fakta Dan keputusan dengan kes Chin Keow)
Elizabeth Choo v. Kerajaan Malaysia dan seorang lagi.
(1970) 2 M.L.J. 171
Kes tuntutan atas kecuaian jurusuntik anestetik. Mahkamah rujuk kes Vancouver General Hospital v. Mac Daniel dan seorang lagi. (1934) 152 L.J. 56. Diputuskan: Jika ia telah ikut langkah yang lazim, iaitu ikut praktis umum yang am, doktor tidak cuai.
Siasatan Mahkamah Koroner No. 2031/76
(1983) 3 M.L.J. cxxxv
Jika doktor gagal patuhi atau tidak ikut prosedur yang ditetapkan dalam merawat pesakit, ia dianggap cuai. Seorang wanita muda menghidap tekanan darah tinggi. Ujian Makmal mendapati potassium pesakit rendah. Oleh itu doktor memberi suntikan sekali gus 20 c.c. 10% potassium klorida. Kemudiannya 40c.c. lagi dimasukkan melalui titisan.
Beberapa minit kemudian pesakit menggelumpur dan mati. Dari kajian autopsi, kematian itu kerana kekejangan saraf kerana lebih potosium klorida dalam tempoh singkat.
Swamy v. Matthews dan seorang lagi
(1967) 1 M.L.J. 143
Memberi suntikan acetylarsan, untuk tempoh 4 bulan, diberi 3 kali suntikan. Pesakit mengadu muka danbadannya membengkak.
Q: Adakah polyneuritis (kelecuran) itu kerana acetylarsan?
Tiada kepastian, kerana terlalu amat jarang kes acetylarsan menyebabkan polyneuritis.
C. LIABILITI MELAKUKAN TUGAS DAN AMALAN TANPA KEBENARAN PESAKIT
Perkara mengenai liabiliti melakukan tugas dan amalan tanpa kebenaran pesakit perlulah juga diambil perhatian oleh doktor. Ini kerana ianya melibatkan hak seseorang kepada tubuhbadannya (di bawah undang-undang sivil dan jenayah)
Pada praktis lazim, perlu kebenaran pesakit sebelum merawat. Jika dia tidak dapat beri kebenaran (tenat dl) kebenaran bertulis keluara/waris akan diperolehi. Doktor juga guna pembelaan “perlu dilakukan”.
- Seksyen-seksyen 88, 89 dan 92 Kanun Keseksaan.
Jika kebenaran diberi secara nyata atau tersirat, konsep “volenti non fit injuria” digunakan – kes Haluskha v. University of Saskatchewan (1966) 53 D.L.R. (2d) 43d.
SAKSI DI MAHKAMAH
Doktor juga kadangkala perlu hadir kemahkamah sebagai saksi untuk memberi keterangan-keterangan tertentu. Bidang dimana doktor memberi keterangan adalah seperti berikut:
A. Bidang Doktor Memberi Keterangan Samaada Kes-Kes Sivil Atau Jenayah
Jenis Keterangan:
(i) Sebagai saksi fakta khusus
- fakta yang diperolehi dari pemeriksaan perubatannya.
Lim Meng Huat v. Pendakwa Raya
(1969) 1 M.L.J. 145
Seorang pakar patologi forensik memberi keterangan luka luaran yang menembusi tubuh simati sedalam 12.5 sentimeter di mana luka ini telah memotong banyak organ-organ penting tubuh simati.
Pendakwa Raya v. Subramaniam
Doktor memberi keterangan mengenai keretakan kepala seorang mangsa.
(ii) Memberi keterangan mengenai fakta yang ada dalam pengetahuan semasa beliau menjalankan tugas sebagai doktor.
(iii) Memberi pendapat
- Seksyen 45 Akta Keterangan 1950.
Abu Pramanik v. E
(1942) C 239; 199 1.C.610
“Apabila seorang ahli perubatan dipanggil sebagai saksi pakar, dia bukanlah saksi fakta, dan keterangannya bukanlah keterangan langsung bagaimana sesuatu kecederaan dalam persoalan telah disebabkan. Dia Cuma memberi pendapatnya mengenai bagaimana kecederaan itu besar kemungkinan terjadi”.
Seksyen 45 : Seornag yang khasnya mahir adalah merupakan pakar
Random House Dictionary (1980) “Pakar” – seseorang yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan khas dalam sesuatu bidang.
“Pakar” perlu hadir memberi pendapatnya di mahkamah dan tidak memadai dengan menyerah laporannya yang menyatakan pendapatnya.
Lihat Kes Perumal Mudaliar v. South Indian Railway Co. Ltd. C 1 LR (1937) M 764 Bhoore v. Karen Singh (1935 A 142) dan Ahilia Menaji v. Emperor (47B 74; 1923 B 183). Ini bagi tujuan diberi peluang untuk disoal balas dan ditapis.
Lim Meng Huat v. Pendakwa Raya
(1982) 2 M.L.J. 294 (Lihat fakta sebelum ini).
Di mana pakar memberitahu mahkamah luka sedemikian mencukupi, dalam keadaan biasa, menyebabkan kematian orang itu.
Tang Hung Thiam dan seorang lagi v. Pendakwa Raya
(1991) 2 M.L.J. 137
Doktor pakar diminta hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan mengenai luka tikaman pada simati yang telah menyebabkan kematian itu, disebabkan oleh apa.
Pakar tidak perlu memberi pendapat tentang sesuatu yang lazimnya sedemikian.
R. v. Turner
(1975) 1 A11 E.R. 70.
Mahkamah memutuskan seorang pakar sakit jiwa tidak boleh memberi keterangan bahawa seseorang yang dituduh yang berkeadaan akal normal mungkin akan naik berang apabila teman wanitanya mengaku berdosa. Ini kerana ianya adalah sesuatu kecenderungan yang memang diketahui.
Hari Singh v. Lachmi Devi (59 1.C 230, 1921 L 126); dan juga Baswantrao v. E (1949 N 69), dikatakan pendapat ahli perubatan yang tidak menyaksikan sendiri fakta tetapi pendapatnya diasaskan keapda fakta yang dinyatakan oleh lain-lain saksi adalah tidak begitu kuat berbanding dengan doktor yang dia sendiri merawat pesakit itu.
B. Masalah Dalam Memberi Keterangan
(a) Etika Mengenai Kerahsiaan Penyakit Pesakit
Pengistiharaan Geneva 1948 dan Tata Kelakuan Profesional – Bahawa seseorang doktor berada dalam kedudukan hubungan fidusiari, di mana dia hendaklah menyimpan dan mengekalkan rahsia pesakit.
Kekecualian:
(i) Doktor dibebaskan obligasi itu oleh alasan yang sah disisi undang-undang.
Misalnya: (a) Seksyen 10(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1984.
(b) Seksyen 27 Akta Kanak-kanak 2001.
(ii) Apabila dia menjadi saksi di mahkamah, dia perlu jawab soalan-soalan.
Pendakwa Raya v. Haji Kassim
(1972) 2 M.L.J. 115
Doktor pakar sakit jiwa dipanggil beri keterangan, dia perlu jawab.
(b) Konflik Antara Saksi
Ketidaksamaan pendapat pakar yang dipanggil oleh masing-masing pihak.
R. v. Jennian
(1962) All E.R. 689
Terpulang kepada juri/hakim
Chia Chee Yee v. Pendakwa Raya
(1991) 3 M.L.J. 397
Mahkamah memilih dengan lebih mempercayai keterangan pakar-pakar perubatan di pihak pendakwa.
Che Som bte. Yip dan beberapa orang lagi v. Maha Pte. Ltd. & seorang lagi
(1989) 3 M.L.J. 468
Di mana mahkamah ambil langkah periksa S (seorang tuanpunya syarikat) sendiri dan dengar cara dia beri jawapan, apabila pakar perubatan kedua-dua pihak bertelingkah pendapat.
(c) Kecenderungan Saksi Untuk Berat Sebelah
Tracy Peerage
(1943) 10 CL & F 19
Plimpton v. Spiller
(1877) 6 Ch. Div. 412
Di mana mahkamah memudahkan keterangan pakar hendaklah diberi pendekatan dengan berhati-hati dan berawas-awas (Lihat Daerao v E 1946 N. 321).
Diwan Singh v. E
(1933) L 561
“saksi-saksi pakar pada sifat semulajadinya berat sebelah dengan memihak kepada pihak yang memanggilnya; walau macam mana ia ingin tak berat sebelah, ia mungkin secata tak sedar memihak kepada yang memanggilnya”.
Lita Chingha v. Bijoy Protop Deo Singh
(1925) C. 765.
Pendakwa Raya v. Dr. Nadason Kanagalingam
(1985) 2 M.L.J. 122
(d) Ketidakcukupan Persediaan, Kemahiran dan Dokumen Sokongan
Karpa Singh v. Bariam Singh & seorang lagi
(1962) M.L.J. 188
Doktor beri keterangan tetapi sebenarnya dia tidak memeriksa dengan rapi kecederaan dan keretakan kepala plaintif. Rujuk seksyen 45(1) Akta Keterangan 1950 – perlu kompeten!
Jayaraman dan beberapa orang lagi v. Pendakwa Raya
(1982) 2 M.L.J. 273
Saksi dipanggil dengan harapan dan dijangkakan telah bersedia dengan dokumen sokongan yang mencukupi. (Doktor dalam kes ini tidak membawa nota-nota klinikal semasa memberi keterangan di mahkamah).
Wong Chom Mei dan seorang lagi v. Dr. Kuldeep Singh & seorang lagi
(1985) 2 M.L.J. 373
Salah satu dokumen penting doktor (yang menjadi saksi dalam kes itu) ialah filem-filem X-ray (tetapi hilang dari simpanan Hospital).
Daripada perbincangan di atas nampak jelas bahawa doktor perlu berhati-hati semasa melaksanakan tugasnya. Dia juga perlulah bersedia menjadi saksi dimahkamah—bersedia hadir dan memberikan keterangan sebaik mungkin.
Di atas adalah terjemahan dan iktisar kertas Abdul Aziz Hussin. 1999. Medico – Legal Aspects: Common Pitfalls, Seminar on Bioethics & Communication Skill for Medical Post-graduate, Organized by the School of Medicine, USM, Kubang Kerian, Kelantan. 16 August 1999.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.