Feb 25, 2011

Masak Lemak Pucuk Kacang, dan lain-lain...

Segengam pucuk kacang panjang (boleh juga guna pucuk kacang botol, pucuk kacang tanah)(tapi jangan pula guna pucuk kacang bendi...)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
Sesudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
Sedikit garam, gula
1 cawan santan, dan secawan air

Masukkan bawang, lada hitam, air, santan, garam, dan gula ke dalam periuk. Panaskan sekali mendidih, dan masukkan pucuk kacang yang sudah dipotong-potong. Tunggu sekejap sahaja, dan tutup api.

Nota: Kalau nak pelbagai, boleh juga: Campurkan kacang panjang. Boleh juga dimasukkan daun cekur manis. Boleh juga dicampur pucuk cili. Boleh juga dimasukkan ubi keledek (yang dipotong-potong). Boleh juga dimasukkan/digantikan dengan labu kuning (bukan labu air). Dan... boleh juga dicampurkan semua tu....

Pucuk cili?
Ni la gambar pucuk cili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.