Feb 15, 2011

Ayat/Fasal Pengecualian

AYAT / FASAL KECUALIAN
( Exclusion Clause/Statement )

Dalam abad ke 20, tiadanya kuasa tawar-menawar yang betul.  Misalnya di antara A (syarikat) dengan B (pengguna).  Tidak adilnya ialah kerana A biasanya kata B hendaklah terima semua syarat-syarat yang telah dibuat oleh A.  Oleh kerana B terlalu menghendaki itu, maka B terpaksa terima semua syarat-syarat itu.  Jadi A punya kuasa yang lebih terhadap B.  Syarat-syarat A hanya menguntungkan A sahaja.  Satu syarat yang ada dalam hal ini ialah AYAT KECUALIAN, iaitu jika A pecahkan/langgar “warranty” atau “condition”, A tidak akan bertanggungjawab.

Dalam semua kontrak sekarang, pihak B tiada kuasa yang kuat.  Contohnya, naik bas, kita tak boleh tawar-menawar (bargain) berapa tambang, bila bertolak dan lain-lain.  Beli rumah dengan syarikat perumahan, kita tidak boleh tawar-menawar berapa harga dan lain-lain syarat.  Jadi ini tidak berapa adil pada B.

Walaupun begitu prinsip asalnya ialah bila telah ditandatangani surat kontrak itu, maka syarat-syarat itu mengikut kedua-dua pihak.  Bentruk kontrak yang dibuat oleh A seperti di atas dipanggil kontrak.  Bentuk seragam (standard form of contract); iaitu pihak A telah sedia membuat syarat-syarat kontrak, dan jika B nak buat kontrak, B terpaksa terima asemua isi syarat itu.

Oleh kerana kontrak-kontrak seragam banyak digunakan sekrang, B tidak bincang langsung syarat-syarat kontrak.  A dapat faedah dan B hanya dapat sedikit faedah, kerana ayat kecualian.  Tetapi bila kes-kes ini timbulkan di mahkamah, mahkamah pertikai atas 2 hal:

1.   Kalau B telah bersetuju dengan kontrak dan telah tangani, maka B telah terikat.  Tiada tanggungjawab mahkamah untuk lihat isi kontrak dan kata isi kontrak itu tak adil untuk B.  Mahkamah tak mahu campurtangan dalam hal ini (mereka sudahpun setuju jadi kenapa diganggu!).

2.   Tapi jika mahkamah nak beri keadilan, mahkamah boleh menolong B (pihak yang lemah).  Mahkamah akan mencari beberapa perkara dalam hal-hal ayat kecualian ini, demi mencari keadilan.

Antara perkara-perkara mahkamah akan teliti untuk ini ialah:

·        Kalau anda hendak masuki kontrak, ayat kecualian ini mestilah dimasukkan dalam kontak itu, dan bukan di tempat-tempat lain.
     
            Kes Chapelton v Barry U.D.C.
                    ( 1940) 1 K. B. 532
            Majlis menyewakan kerusi-kerusi dengan di belakang kerusi tertulis notis yang mengandungi syarat-syarat sewa.  C menyewanya, membayar wang dan menerima tiket (di mana dimasukkan dalam sakunya).  Kerusi telah patah dan C cedera.  Kerusi itu tak sesuai digunakan.   C mendakwa atas kecuaian.  Majlis (B) kata ia tak bertanggungjawab sebab di belakang tiket tertulis: 
            “Majlis tak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kemalangan yang timbul kerana penggunaan kerusi-kerusi itu”.
            Diputuskan: Syarat-syarat kontrak sewaan itu ada di notis di belakang kerusi itu.  Tiket yang dikeluarkan cuma merupakan satu resit, dan oleh itu tulisan di belakang tiket itu tidak boleh dimasukkan dalam kontrak.  Majlis tak boleh menggunakan ayat kecualian itu.

      Bila mahkamah buat keputusan ini, syarikat pun mengubah dasarnya.  Iaitu ia telah pula memasukkan ayat kecualian dalam kontrak itu.  Jadi mahkamah cari hal lain pula.

·        Notis ayat kecualian mestilah diberi kepada B sebelum B menanda tangani kontrak.  Kalau ayat kecualian dimasukkan selepas buat kontrak, maka ayat kecualian itu tak boleh dikira.

            Kes Olley v Malborough Court Hotel Ltd.
                   ( 1949 ) 1 K. B. 532
            O sewa bilik hotel.  Ia tinggalkan kunci bilik kepada pelayan hotel.  Bila balik, kunci hilang dan barang-barangnya hilang.  D kata ia tak bertanggungjawab sebab dalam bilik hotel ada menyatakan “Barang-barang hilang tidak dipertanggungjawabkan....”.
            Diputuskan: M telah cuai dan notis itu bukanlah syarat kontrak; sebab ia tidak melihat sebelum kontrak dibuat.

      Masalahnya ialah bila kontrak bermula.  Mahkamah kata ia bermula bila O pergi ke penyambut tamu dan kata ia nak sewa bilik, penyambut tamu beri kunci dan beritahu harga sewanya.

      Hal ini penting kerana ayat kecualian selepas kontrak tidak dikira.



            Kes Thornton v Shoe Lane Parking Ltd.
                    ( 1971 ) 2 Q. B. 163
                   

            Letak kereta dan tiket dikeluarkan dengan mesin automatik.  Ayat kecualian dimasukkan dalam tiket ini.  Adakah S.L.P.L beritahu kepada pengguna yang meletak kereta itu ayat kecualian selepas atau sebelum kontrak dibuat?  Ini bergantung kepada masa kontrak dibuat.  Dalam kes ini, kontrak dibuat bila P masukkan wang dalam mesin itu (semasa masuk tempat letak kereta).  Notis ayat kecualian dibuat selepas wang dimasukkan.  Jadi ayat kecualian itu selepas kontrak dibuat.

      Masalah di sini ialah tiket selalunya dan sememangnya ia dikeluarkan selepas kita membayar wang.  Jadi, bolehkah kita hujah ayat kecualian dalam jenis ini tidak dapat dipakai?

      Mahkamah kita ini masalahnya, kerana biasanya walaupun tiket diberi selepas wang atau kontrak dibuat, maka ayat kecualian itu masih berguna dan berkuatkuasa.

      Jadi suatu prinsip kita boleh buat ialah suatu pengecualian dari peraturan umum:

            Tiket-tiket rasmi seperti syarikat keretapi, syarikat bas dan lain-lain, tiket-tiket itu juga dan ayat kecualiannya adalah berguna/dipakai.
            Hujah:     Sememangnya kita tahu bahawa memang biasa ada notis seperti itu, iaitu kita perlulah tahu ayat kecualian itu, walaupun ia tak diberi secara langsung kepada kita.

      Masalah lain timbul akibat tiket-tiket:

·        Kalau B buta/tidak tahu membaca, adakah ayat-ayat kecualian ini masih terpakai?

            Ini bergantung kepada kes-kes.

            Jika ayat pengecualian itu tak jelas, maka benefit akan diberi kepada B (lihat kes White v John Warwick)
            .(1953 ) 1 W.L.R.1285

            Bila mahkamah buat keputusan seperti ini, maka sekali lagi syarikat-syarikat berhati-hati dalam hal-hal ini:

·        Cara baru ialah dilihat dari segi perlanggaran terma-terma utama/asas (breach of fundamental term/fundamental breach).  Iaitu jika akibat dari pecah kontrak itu teruk, maka kita guna asas ini:
            Pihak yang salah (A) tak boleh bergantung (rely) atas ayat kecualian itu.

·        Kalau ayat kecualian itu terlalu tak munasabah, maka ayat pengecualian itu tidak boleh diguna.
            (lihat kes Photo Production v Securicor Transport)
                            ( 1978 ) 3 All. E.R.146

·        Ketidak munasabahan tawar-menawar juga digunakan.

                  Kes Levison v Patent Steam Carpet Cleaning
                         ( 1978 ) 1 Q. B. 69
            Kalau kedua-dua pihak itu tidak sama tawar menawar, maka fasal kekecualian (exeption clause) tak boleh digunakan.  Misalnya dalam kontrak bailment (ia hanya boleh mengelak tanggungjawab kecuaian, tapi bukan atas fundamental breach.

      Cara baru ialah Parlimen perlulah melindungi pihak pengguna ini.  Di England, Parlimen telah meluluskan Unfair Contract Term Act 1977.  Di Malaysia belum ada lagi seperti ini.  Satu cadangan ialah mahkamah boleh guna S.24 (e) Akta Kontrak iaitu kontrak dibatalkan atas alasan muslihat awam.  Mahkamah di USA ada guna cara ini untuk mengatasinya.

P/s
Artikel ini juga boleh diperolehi di http://www.hbp.usm.my/aziz

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.