Feb 25, 2011

Sayur Air Pucuk Kacang dan lain-lain

Segengam pucuk kacang panjang (boleh juga guna pucuk kacang botol, pucuk kacang tanah)(tapi jangan pula guna pucuk kacang bendi...)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
Sesudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
Sesudu besar budu (nama modennya 'sos bilis')
Sedikit garam, gula, serbuk perasa
2 cawan air

Masukkan bawang, lada hitam, air, garam, gula dan serbuk perasa ke dalam periuk. Panaskan sekali mendidih, dan masukkan pucuk kacang yang sudah dipotong-potong. Tunggu sekejap sahaja, dan tutup api.

Nota: Kalau nak pelbagai, boleh juga: Campurkan cendawan mutiara, atau cendawan lain, tapi yang sedap, cendawan kampung (cendawan pungsu). Boleh juga dicampurkan betik muda (atau hampir masak) yang disagat sedang. Boleh juga dicampurkan dengan kulit buah tembikai (yang berwarna putih, yang telah dibuangkan kulit luar warna hijau). Boleh juga dimasukkan daun cekur manis. Boleh juga dicampur pucuk cili. Dan... boleh juga dicampurkan semua tu....

Di bawah ni, gambar masak air pucuk kacang+cendawan+pucuk cili+kulit buah tembikai:


Ada orang tanya, macam mana rupa kulit buah tembikai yang sudah dibuang bahagian hijaunya?
Inilah rupanya...


Ini la cendawan pongsu/kampung yang paling sesuai dan paling sedap dibuat masak air seperti di atas



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.