Feb 15, 2011

NOSTALGIA Masjid Nabawi

"... Mengikut sejarah, kubah pertama bagi masjid ini  telah dibina oleh Sultan Qalawun, seorang Raja Mesir, pada tahun 678 Hijrah (1279 Masehi). Pada peringkat permulaannya, struktur sokongan kubah ini diperbuat daripada kayu, dan bahagian luarnya adalah campuran batu dan lumpur"


LETAKNYA MAQAM
Terlebih dahulu perlulah dinyatakan bahawa kawasan perkuburan ini mengandungi tiga maqam (yakni tiga liang lahad) iaitu:
            maqam Rasulullah (s.a.w.)
            maqam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq
                        (r.a.); dan
            maqam saiyidina Umar Al-Khattab (r.a.).
            Ketiga-tiga maqam ini berada bersebelahan antara satu sama lain dengan kedudukan seperti berikut:    Dihadapan sekali (dikira menghadap Kiblat) iaitu disebelah kanan dari susunan maqam-maqam ini terletaknya maqam Rasulullah (s.a.w.). Dikiri maqam ini pula, iaitu disisi sebelah utaranya ialah maqam Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq (r.a.). Kedudukan maqam ini ialah bahagian kepala Saiyidina Abu Bakar As- Siddiq (r.a.) terletak selari dengan bahagian kaki Rasulullah (s.a.w.)5. Paling kiri sekali, yakni selepas maqam Saiyidina Abu Bakar As-...


Ayat-ayat di atas adalah sedutan daripada buku, ABDUL AZIZ HUSSIN. 1997. Nostalgia Masjid Nabawi. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hlm. 43-44, 67-68.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.