Feb 15, 2011

Nasi Goreng MUDAH-SEDAP

Satu mangkuk nasi (yang sudah sejuk)
Sebiji telur ayam
Beberapa biji cili melaka/cili kampung
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Sedikit majerin
Sesudu besar kicap cair
2 batang daun bawang (dipotong sedang)
Sedikit gula, serbuk perasa (jika suka)
Sepiring kecil daging ayam (perap sekejap dengan sedikit garam dan gula)

Panaskan majerin dan goreng telor (kacau hancur), sehingga berbau wangi, dan keluarkan.
Panaskan minyak, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga wangi, dan masukkan daging ayam. Apabila nampak dah masak, masukkan cili, daun bawang dan telor goreng tadi. Masukkan nasi. Gaulkan sebati di dalam kuali dengan api kecil. Masukkan kicap cair, garam, sedikit gula dan serbuk perasa. Apabila sudah sebati, tunggu sekejap sehingga nasi berbau harum goreng. Keluarkan, dan sajikan segera dengan tomato (lebih sedap jika tomato kecil dan hijau)

Ini la cili padi/kampung yang sesuai dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam nasi goreng


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.