Feb 20, 2011

KEPERLUAN YANG PEMAJU PERLU PATUHI

8.2              Perkara-Perkara Yang Patut Dipatuhi oleh Pemaju

Di dalam melaksanakan sesuatu pemajuan, pemaju hendaklah mematuhi kehendak-kehendak seperti berikut:

8.2.1        Kehendak-Kehendak Perancangan

Pembangunan yang dicadangkan itu hendaklah selaras dengan rancangan sturktrur dan rancangan tempatan atau sebarang pelan perancangan atau pelan pembangunan interim yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancangan.

Sehubungan dengan itu keadaan topografi asal tanah hendaklah dikekalkan seberapa boleh dimana pemotongan bukti tidak digalakkan.  Justeru itu, sebarang tindakan pemotongan bukit bagi tujuan penyediaan tapak bangunan atau kemudahan infrastruktur sahaja.  Selain itu, bagi tujuan memelihara topografi asal tanah serta untuk mempelbagaikan reka bentuk pembangunan yang hendak dilaksanakan maka penyusunan lot-lot hendaklah dibuat mengikut kontor semulajadi tapak dan secara berderet.

8.2.2        Urusan Hal-Hal Berkaitan Tanah

Permohonan yang dikemukakan kepada Pejabat Tanah Daerah bagi tujuan untuk mendaptkan kelulusan seperti tukar syarat sekiranya perlu dan pemecahan atau penyatuan sempadan hendaklah mengikut cara dan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan.  Di samping itu, sebarang pembayaran premium dan urusan berkaitan pendaftaran hakmilik tanah yang berkenaan hendaklah dibuat setelah pemaju mendapatkan kelulusan yang diperlukan berkaitan dengan hal ini.

8.2.3        Kehendak Kelulusan Pelan Yang Ditetapkan

Permohonan yang dikemukakan bagi tujuan mendapatkan kelulusan pelan susunatur bagi melaksanakan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat mengikut kehendak yang ditetapkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) dan Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974 termasuklah perkara-perkara seperti berikut:

i.                     Mengemukakan laporan-laporan yang berkaitan seperti Laporan Cadangan Pemajuan yang dikemukakan kepada Pihak  Berkuasa Perancangan dan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar (bagi pembinaan perumahan melebihi 50 hektar);

ii.                   Mematuhi aspek-aspek berkaitan kawalan kepada alam sekitar;

iii.                  Mematuhi aspek-aspek yang diambilkira oleh agensi-agensi teknikal yang terbabit dalam memproses sesuatu permohonan kelulusan pelan susunatur.


8.2.4        Kelulusan Pelan Bangunan

Kehendak-kehendak yang ditetapkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974, (Akta 133), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), 1984, dan Akta Hakmilik Strata, 1985, hendaklah dipatuhi bagi penyediaan dan pengemukaan pelan bangunan untuk kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan yang melibatkan aspek-aspek antaranya seperti berikut:

i.          Melantik orang yang bertauliah iaitu berdaftar dengan badan-badan profesional yang berkenaan serta mengikut kelayakan profesional yang ditetapkan untuk menyediakan pelan bangunan bagi pemajuan yang dicadangkan;

ii.          Pemajuan yang dicadangkan itu hendaklah mengikut pelan-pelan susunatur yang diluluskan;

iii.         Memastikan bahawa permohonan bagi kelulusan pelan bangunan disertakan dengan dokumen serta laporan berkaitan termasuk laporan geoteknikal sekiranya perlu seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan;

iv.         Menyelesaikan segala urusan berkaitan hal tanah seperti memperolehi kelulusan bagi tukar syarat tanah dan pemecahan atau penyatuan sempadan, mengemukakan resit atau bukti pembayaran premium dan urusan pendaftaran hakmilik tanah bagi urusan tersebut serta menyelesaikan isu pemindahan hakmilik tanah sekiranya perlu semasa membuat permohonan bagi mendaptkan kelulusan pelan; dan
iv.                 Menjelaskan sebarang pembayaran berkaitan dengan sumbangan peparitan dan juga caj   pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan sebelum kelulusan pelan bangunan diberikan.

Diatas adalah sebahagian daripada Bab 8 buku Abdullah Mahmood dan ABDUL AZIZ HUSSIN. 2002. Pembangunan Harta Tanah: Perundangan dan Prosedur Pengurusan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 133-138. Harga RM29 (sebelum diskaun).


2 comments:

  1. saya sedang mencari buku ini untuk rujukan, tetapi agak sukar di dapati di sekitar shah alam...

    ReplyDelete
  2. Salam
    Buku tersebut boleh sdra perolehi di Kedai Buku USM atau Penerbit USM http://www.penerbit.usm.my/. atau http://www.penerbit.usm.my/buying.php
    Atau tel. En Norazam 046534424, Cik Hasleza Abdul Halim 046534953, Sholihin Ali 046534438

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.