Feb 22, 2011

Penjawat & Tindakan Disiplin

Penjawat adalah salah satu aset utama sesuatu organisasi (jabatan, agensi, syarikat dan lain-lain).  Penjawat yang baik akan banyak menyumbangkan kepada perkhidmatan organisasi yang baik.  Ini pula tentunya membuahkan keyakinan dan pandangan positif pelanggan (masyarakat secara umumnya) kepada perkhidmatan yang diberi. Sebaliknya pula penjawat yang tidak berdisiplin akan memberi kesan buruk kepada organisasi dan pandangan negatif masyarakat/pelanggan kepada organisasi itu.

Untuk mewujudkan penjawat yang baik, salah satu kaedahnya ialah melalui proses undang-undang - yang dikenali sebagai tindakan disiplin.  Namun begitu, perlulah difahamkan bahawa tujuan utama dan terakhir tindakan disiplin ialah untuk melahirkan dan menjaga penjawat agar sentiasa menepati kehendak dan tujuan organisasi (termasuk perkhidmatan organisasi kepada pelanggan).

Dengan itu pengurusan disiplin penjawat perlulah ke arah memahami dan mencapai hasrat tersebut.  Kegagalan atau kelemahan dalam menguruskan disiplin sedemikian akan hanya menikam kembali majikan (organisasi) berkaitan – seperti ketidak puasan hati, buruk sangka, hubungan renggang, salah faham dan lain-lain lagi.

Bagi mengelakkan/meminimakan kesan-kesan sedemikian maka pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan disiplin penjawat (termasuk penjawat itu sendiri) perlulah memahami:-

(a)  Kedudukan perkhidmatan awam/badan berkanun dan penjawat, di sisi Perlembagaan Negara/Statut;

(b)  Konsep hak keadilan asasi penjawat dalam kes-kes tindakan disiplin;

(c)  Prosedur dan pentadbiran tindakan disiplin yang wajar dipatuhi;

(d)  Penamatan perkhidmatan penjawat; dan

(e)  Kemungkinan campurtangan mahkamah dalam kes-kes tindakan disiplin.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.