Feb 23, 2011

ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PERUBAHAN KERJA

Pegawai Penguasa atau Arkitek sepatutnya hanya mengeluarkan arahan kepada perkara yang ada di dalam takrif perubahan, walaupun semasa perlaksanaan dia mungkin perlu mengeluarkan arahan keatas perkara yang diluar dari tafrifan perubahan. Dengan berbuat begitu Pegawai Penguasa atau Arkitek tersebut mengundang keadaan yang berisiko, biarpun dia mematuhinya dan pada kadar yang berbeza ia boleh memberi kesan yang tidak diingini keatas dirinya (yakni terutamanya klien) (Hibberd, P.R. 1986). Berdasarkan perbincangan-perbincangan oleh Hibberd (1986), Powell & Smith (1990), Burns (1994) dan Ramus (1989), berikut adalah iktisar isu-isu yang berbangkit daripada perubahan kerja:
(a) Perubahan kepada harga kontrak.
(b)   Menentukan peraturan penilaian arahan perubahan: Tujuan pembayaran dan akaun akhir.
(c) Sebut harga pukal: Untuk mengetahui kedudukan kewangan.
(d) Kos bayar balik: Berdasarkan nilai sebenar dicampur keuntungan dan kos overhed.
(e)    Masalah penggunaan kadar bil: Terlalu rendah atau tinggi, bergantung kepada pandangan dan pertimbangan seseorang serta butiran perubahan berbeza dari di dalam dokumen kontrak walaupun nampak sama.
(f)  Kelewatan penyiapan disebabkan oleh perubahan kerja.
(g)    Kekeliruan arahan pengurangan: Akitek perlu mengambil kira keatas lanjutan masa apabila arahan pengurangan dikeluarkan.
(h) Tuntutan kontraktor keatas kelewatan dan gangguan.
(i)  Perubahan kerja mempengaruhi aliran tunai.
(j)     Penilaian semula: Bolehkah Jurukur Bahan dan Jurutera menilai semula kadar yang telah ditetapkan dengan memandang ringan akibat dari perubahan kerja?
(k)   Kesan keatas kewangan: Nilai perubahan kerja hendaklah termasuk gangguan dan caj kewangan, jika ada.

     Di atas adalah cabutan daripada artikel, Mahmudah Yahya & Abdul Aziz Hussin (2006) Perubahan Kerja: Bermanfaatkah Kepada Kontraktor?, the Journal of Malaysian Surveyor, 40.1: 9-14.


2 comments:

  1. as salam nk tnya kat mana boleh dptkn journal ni eh? ISM

    ReplyDelete
  2. Salam. Sdra boleh hubungi ISM di 0379551773 secretariat@ism.org.my

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.