Feb 21, 2011

Pengenalan Kepada UNDANG-UNDANG

TAKRIF “UNDANG-UNDANG”:

·        Peraturan bagi perlakuan manusia, yang dikenakan dan dikuatkuasakan terhadap penduduk sesuatu negara (atau dunia).

·        Kaedah perlakuan/tindakan yang dikenakan atau dibuat oleh pihak atasan yang mana pihak bawahan perlu patuhi.

                   -Blackstone, Sir  William (1765)   Commentories

·        Suatu perintah dalam melakukan sesuatu perbuatan; suatu perintah/arahan yang menggambarkan keinginan atau kehendak yang terbit dari seseorang yang rasional kepada seseorang lain agar melakukan atau agar tidak melakukan sesuatu, yang disertakan pula dengan hasrat bahawa jika orang berkenaan tidak mematuhinya maka suatu bencana buruk akan dikenakan terhadapnya.

                 -    Austin, John 1879,  Jurisprudence, 4th Ed.

·        “Undang-undang” termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat mana ianya berkuatkuasa dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuatkuasa undang-undang dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
                                           -          Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan

OLEH ITU,

Konsep undang-undang merangkumi

·        Perintah (yakni kaedah atau sistem).
·        Pemaksaan (yakni menguatkuasaan agar perintah tersebut dipatuhi)


KENAPA PERLU UNDANG-UNDANG?

·        Mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia.
·        Demi keamanan dan kesejahteraan hidup.
·        Mengingatkan (dan membezakan) manusia yang mana yang baik dan yang mana yang buruk.
·        Menghukum orang yang melakukan kejahatan (dan mungkin juga memulih/memberi gantirugi/pampasan kepada pihak yang teraniaya) – “hutang darah dibayar darah”.


UNDANG-UNDANG BERTULIS


Takrif:

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan-Perlembagaan bagi Negeri-Negeri dan perundangan-perundangan kecil yang dibuat di bawahnya; Akta Parlimen dan perundangan-perundangan kecil yang dibuat di bawahnya; Ordinan-Ordinan dan Enakmen-Enakmen dan perundangan kecil yang dibuat di bawahnya; dan lain-lain perundangan atau instrumen-instrumen perundangan yang berkuatkuasa di Malaysia.
                                                        -          Seksyen 3, Akta Pentafsiran 1967

Nota:

“Enakmen” -    yakni undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri-Negeri (kecuali Sarawak yang dipanggil “Ordinan”)

“Perundangan Kecil” -  yakni sebarang perisytiharan (proklamasi), kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan, undang-undang kecil atau lain-lain instrumen yang dibuat di bawah mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau lain-lain pihak berkuasa yang sah dan mempunyai kesan perundangan.


UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS

Takrif:

            Mana-mana undang-undang lain yang tidak termasuk di dalam undang-undang bertulis seperti keputusan- keputusan mahkamah ( yakni Mahkamah  Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ), sumber perundangan Inggeris (yakni common law dan equity), dan adat (seperti adat Hindu dan Cina, untuk kelompok masing- masing). Undang-undang Islam untuk orang-orang Islam juga termasuk dalam kelompok ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.