Sos
2 keping gula melaka (pelik, kalau beli kat Johor pun, masih nak “gula melaka)/gula kabung pun boleh. Lumatkan.
Secawan kacang tanah (digoreng garing, buang kulitnya, dan ditumbuk halus)
2 sm persegi belacan (hancurkan)
Secawan kicap pekat
10 biji cili padi masak (ditumbuk halus)
Sesudu besar garam
Secawan gula
Gaulkan semua bahan tadi sehingga sebati
Buahan Yang Sesuai
Campuran betik tua (tapi belum masak lembut), nenas, timun, sengkuang, mempelam muda, buah mera, salak (buah)(bukan haiwan tu...)
Selanjutnya...
Apa lagi... Makan jer la... Sediakan air sejuk, atau air teh ‘O’ ais (bimbang kut kut melompat kepedasan!!!!!)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.