Salam sejahtera
Petang kelmarin ada seorang sahabat sedekahkan buah nangka... Jadi, saya buat la pengat nangka selepas balik tahlil... Sedap juga. Saya kongsi la ilmu buat pengat ni...
6 ulas buah nangka (potong sebesar 2 sentimeter setiap potongan. Buang kulit bijinya, dan ambil biji nangka itu, simpan bersama buah nangka)
Secawan santan pekat. (tapi malam tadi saya guna satu peket santan kering)(santan powder)
Sedikit garam
2 sudu besar gula
Sekeping gula melaka (gula kabung pun boleh)('nnese" orang Pantai Timor sebut)
Sehelai daun pandan
3 cawan air
Cara membuatnya:
MASUKKAN SEMUA TU KE DALAM PERIUK (senang, kan?)
Masak dengan api kecil, sekitar 10 minit, keluarkan daun pandan. Teruskan memasak sehingga MASAK (SEHINGGA KEHARUMANNYA MENUSUK HIDUNG)(dan jiran sebelah berdehemmm ehemm)
Ada juga orang masukkan sagu (kalau nak masukkan sagu, sagu tadi dibancuh dengan air dahulu, dan dituang ke dalam bubur semasa awal proses memasak). Ada juga orang yang suka campurkan dengan pisang (pisang yang sesuai dibuat bubur, seperti pisang mas, pisang berangan, pisang lemak manis).
Ni pisang bunga yang jika masak, sesuai dibuat pengat
SEDAP DIMAKAN BERSAMA PULUT.
Pssst, kalau buat tu, poskan la semangkuk ke alamat di sebelah kanan ni yer
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.