Feb 23, 2011

Hari Yang Malang (?)..atau.. Hari Yang Kurang Menjadi

Saya percaya, ada ketikanya, mungkin cuma berlaku beberapa kali dalam hidup kita, dimana kita dapati hari tersebut merupakan hari yang malang (?)(bukan hari itu, tetapi kepada kita, ianya malang...), atau serba tak menjadi.
Kita ambil contoh:
Terjaga pagi, dah agak lewat (solat subuh?), kemudian mandi, bersiap, namun
tak sempat makan pagi di rumah bersama keluarga (ada orang dah terasa hati kerana tak menjamah makanan dan minuman yang disediakannya, kan?)
Kemudian, bergegas memakai pakaian, tapi.... baju pula dipakai terbalik, atau stokin tak sama wana (di sebelah kiri hitam, di sebelah kanan biru gelap)
Ambil kunci kereta, tetapi terambil kunci kereta lain... (dah mula membebel seorang diri..)
Kemudian, masuk ke dalam kereta..tak boleh hidupkan enjin la pulak....(bateri lemah... (tahap kesabaran dah mula berkurangan..)
Terpaksa tukar bateri dari kereta yang satu lagi (nak ke kedai cari bateri baru, mana la kedai buka lagi, kan?)... ambil masa sekitar 15 minit.
Kemudian mula memandu, dan ...alamak....lampu isyarat di persimpangan tak berfungsi!!!! (kebengangan dah meningkat)
Semasa di persimpangan berlampu isyarat yang tak berfungsi ini, kita dapat memerhatikan, pemandu yang tak sabar, pemandu yang terlalu berani, pemandu yang penakut, pemandu yang tenang, pemandu yang tak bertimbang rasa.. ( kita sendiri pula daripada kelompok mana?).
Kemudian, sampai di pejabat sudah agak lewat. Bos dah masuk mesyuarat, tetapi belum dapat memulakan mesyuarat kerana maklumat penting ada pada kita... Bos dah mula masam semasam masamnya (silap haribulan, kena sembur)(bukan semburan dukun la...)
Keluar mesyuarat, kita bengang  sebengang bengangnya, kerana bos tak beri muka kepada kita, dan ada ahli mesyuarat yang perli kita. Di luar mesyuarat pula, kerja dah mula bertimbun menunggu untuk dibereskan...
Isteri telefon fasal bateri keretanya yang kita "curi" tadi, nak tanya kedai yang jual bateri, "Di mana". Kita dah mula bercakap kasar...
Angin diri (mood) dah tak baik..
Kerja pula dah ada yang silap
Bercakap dengan pelanggan pun sudah menjadi "kurang mesra"
Dan macam-macam lagi la....

KALAU KITA TOLEH KE BELAKANG,
APA SEBABNYA YANG TERJADI BEGITU?
Kebetulan hari yang malang (sebenarnya kita yang kurang bernasib baik hari tu)
Atau, kerana sebab utamanya bermula daripada kita tidur lewat malam tadi (menonton bola, ops, contoh jer, atau berborak hal yang entah apa-apa  dengan "geng lepak"), dan terjaga lewat...
Kita kurang pandai mengurus masa dan aktiviti
Kemakngalan (kejahilan)(ignorance) tentang banyak perkara
Atau Tuhan ingin memberikan kita pengajaran/peringatan atas kesilapan kita...
Apapun,
INILAH MASA UNTUK KITA BIJAK MENGURUSKAN KEADAAN, CEPAT-CEPAT MEMBISIKKAN KEPADA DIRI, "bertenang...sabar".
Sama-smalah kita beristighfar dan memohon keampunaNya, sebab mungkin hari-hari sebelum kejadian tu, kia ada melakukan kesalahan, kepada manusia, makhluk yang lain, dan juga Tuhan, secara sengaja atau tidak sengaja
Sama-samalah kita berdoa ke hadratNya, agar kejadian "hari yang malang" tadi tidak lagi berulang kepada kita, keluarga kita, sahabat kita..... Aaamiiiin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.