Coccossis (2008) ada menyatakan bahawa pelancongan adalah satu fenomena kompleks yang membentuk dan dibentuk oleh pelbagai faktor sama ada oleh alam semulajadi, kebudayaan, ekonomi dan sosial sesuatu tempat. Justeru, adalah menjadi satu keperluan perancangan untuk membangunkan sektor ini secara lestari (Coccossis, 2008) menerusi proses perancangan, pembangunan, pemantauan dan penilaian yang sistematik.
Menurut Goeldner dan Ritchie (2006), definisi dasar pelancongan merangkumi satu set peraturan, garispanduan dan objektif pembangunan atau promosi yang yang disediakan di dalam satu rangka kerja yang memberi kesan kepada umum serta individu untuk jangka masa panjang juga kepada aktiviti harian. Manakala pelan struktur pula menyediakan rangka kerja fizikal pembangunan berdasarkan jenis dan lokasi pembangunan (WTO, 1994).
Secara umumnya, Goeldner dan Ritchie (2006) menyatakan bahawa sesuatu dasar pelancongan yang dirangka pada peringkat kebangsaan untuk sesuatu destinasi pelancongan perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:
1. Peranan pelancongan dalam keseluruhan pembangunan sosio ekonomi di destinasi
2. jenis destinasi yang akan memenuhi peranan yang diperlukan.
3. cukai- jenis dan peringkat
4. kewangan untuk sektor pelancongan- sumber dan terma
5. hala tuju pembangunan produk serta penyelenggaraan
6. laluan pengangkutan dan infrasaturktur
7. amalan perundangan
8. pengurusan dan pengawalan alam sekitar
9. imej industri,
10. hubungan komuniti setempat
11. pembekalan sumber manusia dan buruh
12. kesatuan dan undang-undang buruh
13. teknologi
14. amalan pemasaran
15. peraturan perjalanan asing
Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan serta menilai pelan-pelan pembangunan pelancongan negara yang telah disediakan untuk memantapkan lagi pembangunan sektor ini di masa hadapan.
Di atas adalah sebahagian daripada kertas kerja, Badaruddin Mohamed, Abdul Aziz Hussin, Masitah Muhibuddin and Shida Irwana Omar. 2009. Pembangunan Dasar dan Pelan Pelancongan di Malaysia: Ringkasan dan Penilaian dlm. Seminar on Malaysian Policies, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 6-8 October 2009, hlm. 840-849.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.