Lim Ko & Seorang lagi lwn. Lembaga Arkitek
[1965]2 M.L.J. 203
Seorang Arkitek telah menandatangani pelan yang tidak disediakan olehnya. Ini adalah melanggar Kaedah 48 Kaedah-Kaedah Arkitek 1955 (kini diganti dengan fasal 1(7) Bahagian IV Kaedah-Kaedah Arkitek 1996)
Ketua Hakim Pike (m.s. 84) menyebut,
“Adalah jelas bahawa seseorang Arkitek yang menandatangani pelan-pelan yang dia tidak pun sediakan atau penyediaan yang dia tidak selia (awasi) adalah merupakan suatu perbuatan yang amat semberono (reckless) dan suatu yang boleh mendatangkan kesan yang serius dan berbahaya kepada nyawa dan keselamatan orang awam dan pada pendapat saya … perbuatan ini adalah perbuatan yang amat buruk dalam sesuatu bidang profesional”.
Nota:
Fasal 1(7) Bahagian IV
Kaedah-Kaedah Arkitek 1996
“Seseorang Arkitek tidak boleh memperakukan, menandatangani atau menurunkan tandatangan kepada lukisan, pelan atau spesifikasi yang bukan disediakan olehnya atau oleh kakitangan di bawah pengawasannya untuk tujuan mendapatkan kelulusan dari mana-mana pihak berkuasa berkanun”.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.