Feb 18, 2011

Suatu Tempat Bernama KAABAH

"Dalam suatu hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa tapak Kaabah itu diperbuat oleh malaikat sebelum Nabi Adam a.s. dijadikan.

Ali ibn Hussain pula berkata bahawa Allah S.W.T. meletakkan rumah itu di atas empat tiang zabarjad di bawah takhta. Dia menutupnya dengan suatu kerundum merah dan kemudiannya memerintahkan malaikat-malaikat meninggalkan takhta dan tawaf di sekeliling rumah itu. Dalam konteks ini....."


"Dalam tahun 17H(638M). iaitu semasa pemerintahan Khalifah Umar Ibn al-Khattab, telah timbul masaalah ruang untuk beribadat, terutamanya ibadat haji (tawaf). Dengan demikian Khalifah Umar telah mengambil tindakan memperluaskan kawasan lapang di sekeliling Kaabah dengan cara meruntuhkan bangunan-bangunan yang terdapat berhampiran Kaabah. Bangunan-banguna itu diruntuhkan sama ada dengan sukarela iaitu diserahkan oleh penghuni-penghuni atau pemilik-pemiliknya, atau diruntuh dengan paksa..."

Ayat-ayat di atas adalah cabutan daripada buku, ABDUL AZIZ HUSSIN. 1998. Suatu Tempat Bernama KAABAH. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hlm. 19 dan 85.



Berikut sejarah bergambar tentang Kaabah dan Masjidil Haram (kredit kepada sumber asalnya):
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.