Feb 19, 2011

Senyum

Pada sekitar jam 9 pagi tadi (sabtu 19 Februari 2011)(16 Rabi'ulawwal 1432) saya memasuki pintu kampus USM Minden, Pulau Pinang. Hanya sebuah kereta sahaja (iaitu kereta saya) yang melalui pintu itu. Saya menoleh ke Pos Pengawal Keselamatan, dan ternampak seorang sahaja pengawal lelaki di luar pos itu. Dia sedang melihat saya dengan senyuuuum meleret, dan mengangkat tangan..saya pun senyum juga (cuma sata kurang pasti siapa senyum dahulu kepada siapa...tak kisah la). Cuma adegan sekejap masa itu amat menyeronokkan saya, dan indah rasa jiwa...
Begitulah impak "senyum".

Rasulullah (saw)  bersabda,
فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.”

Hadith riwayat At Tirmidzi dan sahih Ibn Habban.

Penyanyi Dato' M. Daud Kilau pun ada menyanyikan lagu, yang antara baitnya, "senyum la... senyum la.. wahai...."

Banyak juga penulisan tentang senyum dan kebaikannya, termasuk kesan positif saikologi/mental. Apapun, SENYUM ADALAH PENGUBAT HATI, PENENANG RASA, PENJERNIH PERISTIWA"

Pernah suatu hari, seorang pelajar baru (lelaki) datang menemui saya di bilik saya. Selepas mengetuk pintu, dan masuk, dan saya bersalam tangan dengannya, dan mempersilakan dia duduk, dia pun duduk. Saya bertanya kabar dan menanyakan tujuannya... Saya melihat dia sedikit menggeletar dan gugup ungkapnya... maklum lah pelajar baru. Saya pun merenung wajahnya dengan senyum...dan dia pun senyum. Dan kemudiannya saya dan dia mula berbincang. Dia tidak lagi menggeletar dan gugup. Dia nampak selesa. Apabila selesai perbincangan, dia pun bersalam dan mohon pulang. Sekali lagi kami saling tersenyum. Dia nampaknya sudah selesa dengan saya. Itulah antara "hikmah" senyum.

Saya teringat salah seorang "guru" yang amat saya sanjungi, iaitu allahyarham Prof Tan Sri Datuk Ahmad Muhamed Ibrahim (dipanggil pulang mengadap Allah pada awal pagi 17 April 1999 pada usia 82 tahun(Masehi)(atau sekitar usia 85 tahun (Hijrah). Tak pernah saya melihat dia marah, dan masam. Malah apabila bersua wajah, dia memang akan tersenyum. Saya pernah bersua dengan beliau sebelum solat jumaat di satu masjid.., pun dia tersenyum apabila menoleh kepada saya, walaupun pada masa itu beliau sedang menatap membaca kitab suci al Qur'an.

SENYUM
SENYUM dan.. teruslah
SENYUM
KERANA IA ADALAH "SEDEKAH" YANG PALING MUDAH UNTUK DILAKUKAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.