Feb 13, 2011

Kubur-Kebun?

Adakah ini kubur berkebun, ATAU kebun berkubur? Atau, berkuburkah kebun? Atau berkebun di atas kubur?

Kubur ini terletak di dalam sebuah negeri di tengah Semenanjung Malaysia. Menurut penduduk tempatan, pokok duku langsat itu biasanya berbuah lebat pada musimnya, tetapi isinya berwarna kehitaman, dan jika dimakan biasanya akan mengalami cirit-birit.

p/s
Kajian saintifik mendapati badan manusia yang telah meninggal dunia (mayat) akan mula mereput dengan proses pengumpulan gas-gas merbahaya seperti hidrogen sulfat, karbon monoksida dan methane. Bakteria anerobik pula menukar haemoglobin kepada sulfemoglobin. Proses ini berseiringan dengan wujudnya gerengga yang akan mengeluarkan gas-gas dan cecair merbahaya (seperti yang disebutkan tadi) ke persekitarannya. Ini semua akan diserap oleh tanah dan pokok-pokok....
ADAKAH INI SEBABNYA BUAH DUKU LANGSAT TADI MENJADI KEHITAMAN, DAN MENJADI SEBAB PEMAKANNYA MENGALAMI CIRIT-BIRIT AKIBAT KERACUNAN?

Apapun, kubur perlulah juga dijadikan pencetus keinsafan tentang apa yang kita telah lakukan, apa yang perlu dilakukan (dan tidak dilakukan), demi menuju ke alam kekal abadi...kerana laluan hidup kita adalah "laluan sehala", yang tidak ada langsung peluang untuk mengundur ke belakang lagi...





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.