PINTU
Apabila disebut "pintu", secara spontan kita dapat menjawab soalan pertama, iaitu, "Apakah 'pintu'"?Cuba kita jengok dengan lebih jauh lagi dengan "perjalanan" berikut: Katakan kita memulakan musafir. Kita keluar dari pintu besar rumah kita. Kemudian kita keluar pula melalui pintu pagar (yang pelbagai bentuk, rekaan, buatan, saiz, harga, warna, kemasan). Selepas itu kita menaiki kenderaan, selepas membuka pintunya.
Kita meneruskan perjalanan, dimana antaranya, kita melalui pintu gerbang, ... singgah di pejabat tertentu setelah melalui pintu utama organisasi/jabatan tersebut, dan masuk pula menemui pegawai tertentu setelah melalui pintu pejabatnya. Setelah itu, kita melalui pintu sempadan yang menandakan/memisahkan sempadan kedaulatan sesebuah wilayah/negara berdaulat/berkuasa. Setelah tiba di destinasi, kita menuju ke pintu utama tempat penginapan. Kemudian, kita membuka pintu bilik (dengan menggunakan kunci tertentu, atau kunci khas, atau peranti elektronik). Tentunya kita meletakkan pakaian di dalam almari, selepas membuka pintunya. Kita juga menyimpan barang berharga di dalam peti keselamatan (tentunya selepas membuka pintunya, dan selepas itu menguncinya). Tidak lupa kita akan ke bilik air--juga selepas membuka pintunya. Juga untuk ke dapur (sekali lagi, selepas membuka pintunya). Jangan lupa untuk membuka pintu kabinet dapur untuk mengambil peralatannya.
Selain daripada pintu-pintu yang disebutkan di atas, kita juga pernah terjumpa pintu tertentu di tempat tertentu, misalnya pintu gua, pintu kawasan perkuburan, pintu kubu, dan jangan lupa, pintu masjid dan Pintu Ka'abah.
Nampaknya pintu sengaja diwujudkan atas pelbagai tujuan atau sebab. Namun yang utamanya adalah atas dasar/keperluan keselamatan (nyawa dan harta). Dalam kebanyakan perkara/hal, hanya orang tertentu sahaja yang boleh melalui/menggunakan sesuatu pintu tertentu (setelah diizinkan dan dibuka selaknya, dan kuncinya, atau setelah diizinkan lalu oleh penjaga yang sedang mengawal pintu tersebut).
Pintu juga wujud dalam pelbagai saiz. Malah bagi orang yang berharta dan/atau berkuasa, pintu utama kediamannya (dan juga pintu pagarnya) amat cantik, besar, dan diperbuat daripada bahan yang mahal harganya (termasuk pintu kayu nyatoh, pintu besi tahan karat, pintu berukiran klasik dan sebagainya). Tak usahlah kita tafsirkan niat yang empunya pintu itu, cuma kita sekadar mengagumi pintu nan indah, mahal, dan mencapai maksud ianya dibina....
Pintu juga dapat dilihat daripada perspektif sebagai "pemisah" diantara kebaikan dan kejahatan.
Kajian lanjut tentang pintu boleh menjangkau, antaranya,
Jenis-jenis pintu:
Kegunaan/fungsi pintu;
Saiz pintu;
Senireka pintu;
Kepakaran dalam pembuatan pintu;
Bahan binaan pintu;
Ciri-ciri keselamatan sesuatu pintu;
Piawaian yang ada/dicadangkan bagi sesuatu pintu;
Undang-undang yang berkaitan pintu:
Industri pembuatan pintu:
Pemasaran pintu:
Ketahanan pintu daripada cuaca, pencerobohan, gegaran/gempa, dan lain-lain;
Sejarah pintu;
Pintu dan kaitannya dengan senibudaya, agama, adat suku kaum/bangsa... dan sebagainya...
YA ALLAH
BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI
AGAR KAMI SENTIASA DAPAT MELAKUKAN KEBAIKAN DAN SENTIASA BERUSAHA MENCARI ILMU YANG BERMANFAAT
TUTUPKANLAH PINTU KEJAHATAN HATI KAMI, DAN SEGALA SIFAT KEMALASAN
YA ALLAH
KAU BUKAKANLAH PINTU REZEKI YANG HALAL UNTUK KAMI SELUAS-LUASNYA,
TETAPI TUTUPILAH PINTU HATI KAMI DARIPADA KETAMAKAN, SIFAT MALAS, KEMISKINAN JIWANURANI, KEMELARATAN, SEMPIT PEMIKIRAN DAN KEPAPAAN HARTA
YA ALLAH
LUASKANLAH PINTU KUBUR KAMI
JUGA, LEBARKANLAH PINTU DAN LALUAN SIROTHOLMUSTAQEM
LINDUNGILAH KAMI DARIPADA TERJERUMUS TERBABAS KE PINTU NERAKA
YA ALLAH
IZINKANLAH KAMI UNTUK SAMPAI PINTU SYURGAMU, DAPAT MELALUINYA DENGAN SENYUMAN MALAIKAT PENJAGANYA
DAN...
KEKALKANLAH KAMI BERADA DI SANA SELAMANYA
AAMIIIN.... YAA RABBAL 'ALAMIIN....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.