Mar 31, 2011

Contract and the Standard Format

Types of construction contract

Standard formats

Why do we need Standard Formats?

Disadvantages

Applying the Concept of "reasonableness"






Bawang sebagai ubat


Bawang merah (shallot) (allium cepa) dan bawang besar (onion) (allium fistulosum) boleh digunakan sebagai ubat bagi beberapa jenis sakit/penyakit.
Pertama, jika gusi menjadi gatal, bengkak, maka caranya ialah: Tumbuk sebiji bawang (seeloknya bawang merah). Masukkan ke dalam mulut, dan kemam sekitar 15 minit. Kemudian bawang tadi ditelan. InsyaAllah boleh melegakan/menyembuhkan sakit.
Kedua, jika di celah jari kaki atau tangan membengkak, maka caranya: Ambil sebiji bawang, dipotong hujungnya, dan picit supaya keluar airnya. Kemudian air bawang tadi disapukan pada tempat bengkak tadi. InsyaAllah boleh melegakan/menyembuhkan bengkak tadi.
Ketiga, jika bisul kecil tumbuh, sapukan air bawang (yang diambil daripada bawang yang dipotong hujung atau pangkalnya) pada bahagian bisul dan sekelilingnya.


Nota:
Kapten James Cook, ahli pelayaran Inggeris abad ke-18 pernah mengarahkan kelasi-kelasinya memakan bawang, apabila mendapati kelasi-kelasinya mendapat sakit bengkak gusi (akibat banyak memakan daging kering). Dia menulis dalan log pelayarannya bahawa beberapa hari kemudian penyakit tadi sembuh. Kejadian berlaku semasa kapal mereka sesat dan hanyut di Selat Cook, New Zealand.
Beberapa kelompok penduduk Amerika dan China pernah menggunakan bawang untuk mengubati selsema, batuk, infeksi bakteria, perut kembung, dan masaalah pernafasan berbau busuk. Mereka juga menggunakan bawang sebagai antiseptik dan untuk menghalau serangga (semburan cecair bawang).

Ingat yer, mengubat menggunakan bawang cuma salah satu ikhtiar kita sahaja. Jadi, sebelum mengubati sakit-sakit tu, berdoalah semoga Allah (swt) menyembuhkannya.

Mar 30, 2011

Sambal Jantan

30 biji cili padi (seeloknya cili kampung)
5 biji cili besar(yang berwarna merah)(buang bijinya)
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi

Cara:
Tumbuk cili-cili bersama garam, gula dan bawang putih, sehingga separuh hancur. Keluarkan, dan masukkan ke dalam mangkuk (nak masukkan ke dalam baldi pun boleh...). Kemudan perah limau kasturi di atasnya dan gaul rata (sebati). Nak cuba? uap satu sudu ke dalam mulut... Ehem....
Nak tanya sikit: Kenapa dipanggil "sambal jantan"?



Penyeliaan

"Penyeliaan" adalah salah satu elemen/ciri pengurusan

Singgang Ikan

1 kg ikan tongkol (juga dikenali sebagai ikan kayu/ikan aya)(boleh juga kalau suka, diganti dengan ikan lain seperti kembung, tenggiri, tamban dll)(tapi jangan la pula diganti ngan ikan buntal, ops!)(Basuh dan toskan)

Bahan-bahan:

1 cawan lengkuas yang sudah dipotong kasar
20 biji bawang putih (dipotong kecil)
4 keping asam gelugor
2 keping gula melaka/gula kabung
Garam secukup rasa


Cara:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Kemudian masukkan ikan, dan letak di atas dapor dengan api kecil (jangan lagi masukkan air). Tutup periuk sehingga air ikan telah kering. Setelah air ikan sudah kering, masukkan pula 3 gelas air. Biarkan mendidih.

Oitt...! Dah nak hangit tu... angkat la wey....

Mar 29, 2011

Mengendalikan Kursus-kursus/Bengkel-bengkel

Saya pernah dan bersedia untuk mengendalikan kursus/bengkel berikut, sama ada secara dalaman (in-house training), atau melalui Unit Latihan Universiti Sains Malaysia (USM), atau melalui USAINS, atau melalui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, atau melalui/anjuran organisasi-organisasi/badan-badan latihan kerajaan, badan berkanun atau swasta:




KURSUS KETERAMPILAN PENTADBIR & PENTADBIRAN
(COURSE ON SAVOIR FAIRE FOR ADMINISTRATOR & ADMINISTARTION)


KURSUS/BENGKEL
PENGURUSAN MESYUARAT


KURSUS/BENGKEL
PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN
(Laws in management)

 
KURSUS/BENGKEL PENGURUSAN PROJEK


KURSUS/BENGKEL
PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF DALAM PROJEK PEMBINAAN MELALUI TIMBANG TARA


KURSUS/BENGKEL TATATERTIB
UNTUK BADAN BERKANUN 


KURSUS/BENGKEL PENYELIAAN DAN KEPIMPINAN


KURSUS AKAUNTABILITI DAN INTEGRITI



Boleh hubungi saya seperti di alamat dan butiran yang ditunjukkan pada bahagian kanan blog ini.

"BERSAMA BERKONGSI ILMU YANG BERMANFAAT"

Bonds in Construction Project

What is "bond"?
Parties in a bond
Features/Elements of a bond
Types of bonds
Conditional and unconditional & on demand bonds
Claiming bond






Evolusi Kehidupan Diri

Setiap manusia pasti akan menyusur satu laluan dan evolusi kehidupan diri: Daripada alam dalam kandungan ibu, kepada alam kanak-kanak, sehinggalah alam dewasa, tuan, dan kembali kepada alam yang berikutnya (dipanggil kembali menghadap-Nya).
    Setiap peringkat kehidupan pastinya membawa bersama tahap akal, pengalaman, amanah dan tanggungjawab, dan juga ilmu pengetahuan. Tahap manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama juga akan berbeza. Beruntunglah seseorang yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agamanya, dan rugilah sangat seseorang yang tidak memberikan manfaat (malah menjahanamkan) diri, keluarga, masyarakat, negara dan agamanya.

Yang Allah
Berikan kami manfaat kehidupan, dan
Kualiti hidup yang terbaik, dan 
Dapat memberikan manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat. negara dan agama
Ya Allah
Lindungilah kami daripada kejahatan
Lindungilah kami daripada menjadi seorang yang tidak berguna, dan tanpa manfaat

Evolusi (potret) hidup saya:

Tahun 1972

Semasa bersekolah di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan, Pahang (1973)

 Tahun 1975

Tahun 1977
 Tahun 1977
 Tahun 1978
 Tahun 1978

Semasa bekerja bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Bersama ibu (1979)
Ini ibu saya, Mek Limah Awang, semasa menziarahi rumah cucunya di Shah Alam tahun 2010
Lagu untuk IBU ku.. Tak dapat ku membals jasa dan pengorbanan IBU... Semoga Allah SWT memberikan segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiiin...


 Tahun 1979
 Tahun 1980

Semasa mula bekerja di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)(1985)


Tahun 2009
 

Bersama dengan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (2010)


Ketupat sotong (stuffed calamari)

15 ekor sotong bersaiz sederhana (bersaiz 10-15 ekor, lebihkurang = 1kg. Jangan lak 1 ekor=1 kg, he he..). Buang perut (kepala sotong dibuang mulut dan gigi hitamnya)(sotong ada gigi, tau). Buang juga tulang (?) yang berada di dalam badan sotong)(tak buang pun tak per...Tak ada lagi berita orang yang mati tercekit, atau tertikam tulang sotong...). Buang juga pundi dakwat sotong (satu-satunya haiwan yang senantiasa membawa dakwat walaupun dia tak pandai menulis). Bersihkan bahagian dalam sotong, tetapi kalau ada telor sotong, masukkan kembali ke dalam badan sotong (sedap ooooiiii)

2 cawan beras pulut (basuh dan kemudian rendam sekitar  satu jam. .......................................... ............zzzzzzzzzz...........ZZZZZZZ....zzzzzzzz. OK? Dah sampai 1 jam? Jom kita sambung balik).
5 batang serai
5 keping gula melaka/manisan kelapa/gula kabung
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sudu kecil garam

Seberkas (ops, beberapa batang) lidi/pencucuk sate (satay)

Cara membuatnya:
Masukkan santan pekat dan garam ke dalam beras pulut. Gaulkan rata-rata. Masukkan pula beras pulut tersebut ke dalam sotong. (Jangan penuh sangat). Kemudian sumbat (sebagai penutup) pada bahagian atas sotong dengan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya kepala sotong terlekat sebagai penutup pada badan sotong. Buatlah sampai selesai 15 ekor sotong tadi disumbat. 

Siat-siatkan serai tadi dan letakkan di bahagian bawah periuk (di dalam periuk la wey...). Kemudian masukkan sotong, dan jika ada beras pulut yang lebih, masukkan pada bahagian atasnya. Pecah-pecahkan gula melaka/gula kabung tadi dan letakkan pada bahagian atas. Masukkan sekali bingkai gula melaka (ni  bukan kelakau tau, tapi memang dinasihatkan masukkan bingkai ini sebab ia ada  aroma tersendiri yang menambah lagi kesedapan ketupat sotong). Masukkan santan cair.

Letak di atas api sederhana dan tutup periuk. Tunggu sehingga haruman masakan sotong menusuk kalbu (ops, menusuk hidung...), iaitu sekitar setengah  jam, dan kuah sotong menjadi amat pekat.

Apabila masak, angkat periuk, dan tunggu sehingga sejuk, dan seperti biasa, pakat-pakat ngap la... Lebih elok jika dihantar kepada saya seperti di alamat sebelah, he he... Atau, helo helo la ajak saya makan juga...

Naper la...ada manik-manik lak ni????




Mar 28, 2011

Kucing dalam famili manusia


Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, felis silvestris lybica[1]
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)"[2].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad (saw) pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."[3]
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah (saw) bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah (saw) berwudhuk menggunakan air dari sisa jilatan kucing[4],
Dapatlah disimpulkan bahawa peluh dan bekas dari sisa jilatan kucing adalah suci.
Nabi Muhammad (saw) juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang bererti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing. Seekor kucing bernama “Mu'izza” dikatakan merupakan  kucing peliharaan Nabi Muhammad (saw) yang paling disayangi.[5]
Seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman, sehingga akhirnya kucing tersebut mati. Akibatnya wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah (swt) dengan buruk atas perbuatan wanita itu[6].
            Berikut aksi kucing yang bernama "Montel", di rumah saya di Kelantan (lihat, dia sedang menggapai wajahnya sendiri di cermin...)


Teringat lagu "Dibalik Cermin Mimpi" nyanyian M. Nasir...

Dua ekor kucing saya (yang kedua-duanya sudah mati...): Mini dan Daisy. Mereka tentunya merasa amat selamat tidor dengan nyenyak di dalam rumah ini (rumah saya), dan beralaskan permaidani ..


Di bawah ni pun salah satu daripada kucing-kucing saya...Emmm, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, tidor macam dah mati....." Tentu dia merasa selesa, selamat dan tanpa gangguan....lagipun "berteman"....

Kucing saya ini baru kematian anaknya.. Kesian kamu, KITTI.. Moga kamu dapat anak baru untuk sama-sama menambah kemeriahan keluarga kita yer. Mungkin dia terlalu kasihkan anaknya, sehingga lena pun mendakap....

Tapi, kadangkala Kitti juga menjadi "Tukang Urut Profesional" tau!





Ini pula keletah salah satu daripada 3 anak kepada Kitti (kucing saya) yang lahir 5 minggu lepas...



Cuba baca dan nilaikan kandungan notis berikut ini:


Pada 1 Januari 2015, seorang sahabat mengirimkan foto berikut kepada saya (Kredit kepada pembikinnya):


Masih ada lagi manusia berhati mulia yang menyayangi kucing....




[1] Wikipedia ms.wikipedia.org/wiki/Kucing (Diakses pada 25 Mac 2011).
[2] Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah
[3] Hadis ini diriwayatkan dari Malik dan Ahmad
[4] Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni
[5] Geyer, G. A. (2004). When Cats Reigned Like Kings: On the Trail of the Sacred Cats, Andrews McMeel Publishing.
[6] Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552

Mar 27, 2011

Singgang Tulang

1 kg tulang lembu (boleh juga kalau suka, diganti tulang kambing atau tulang kerbau)(tulang yang paling sesuai adalah tulang rusok)(Basuh dan toskan)

Rempah-rempah:
1 cawan halia yang sudah dipotong kasar
1 cawan lengkuas yang sudah dipotong kasar
10 ulas bawang merah (dipotong kecil)
20 biji bawang putih (dipotong kecil)
2 keping asam gelugor
1 sudu besar ketumbar
5 biji cili kering (dipotong dua, dan rendam sekejap di dalam air)

Cara:
Masukkan semua bahan rempah di atas ke dalam periuk. Kemudian masukkan tulang, dan letak di atas dapor dengan api kecil (jangan lagi masukkan air). Tutup periuk sehingga air tulang kering. Setelah air tulang kering, masukkan pula 5 gelas air. Biarkan mendidih. Bila tulang telah empuk, masukkan garam secukup rasa, dan masukkan juga sedikit gula melaka/serbuk perasa sebagai penambah rasa. Boleh juga dimasukkan sedikit budu (sos bilis).

Ini la gambarnya...

Mar 26, 2011

Jus Durian Belanda

2 cawan isi buah durian belanda (yang dah dibuang bijinya)(naper dipanggil "durian belanda"?)
10 sudu besar susu pekat

Kisar kedua-duanya sehingga betul-betul hancur. Masukkan ke dalam bekas, tambah ais. Kalau suka, boleh ditambah aiskrim apa-apa perasa

Dan, pakat tengok...tengok... jer la....kan?

Ni la buah durian belanda (tapi yang ni belum masak lagi)


Had Masa Untuk Mengambil Tindakan


Di Malaysia (dan kebanyakan negara lain di dunia) telah wujud undang-undang bertulis (yang digubal oleh kerajaan) yang menetapkan bahawa sesuatu tindakan sivil (tuntutan ganti rugi, perisytiharan, perintah larangan, dan lain-lain) hanya boleh diambil dalam tempoh-tempoh tertentu sahaja. Ini bermaksud orang yang menuntut, yakni plaintif, hanya boleh mengambil tindakan terhadap orang yang dituntut (defendan) dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Jika tindakan undang-undang diambil selepas luputnya (tamatnya) tempoh masa tersebut maka pihak defendan boleh memohon kepada mahkamah secara khusus untuk menolak tuntutan tersebut. Perkara ini diperuntukkan dibawah seksyen 4 Akta Pembatasan 19533. Seksyen 4 memperuntukkan seperti yang berikut:

4.   Tiada apa pun dalam Akta ini boleh bertindak sebagai halangan kepada sesuatu tindakan melainkan Akta ini telah dicatatkan sebagai pembelaan terhadapnya dalam mana-mana kes di mana di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan acara sivil yang pada masa sedang berkuatkuasa pembelaan seperti ini perlu dicatatkan.

Dengan erti kata lain, pembelaan oleh defendan bahawa tindakan sivil oleh plaintif adalah melebihi had masa (dan perlu ditolak) hanya boleh diterima jika defendan dengan jelas menyatakannya (memberitahu) (yakni kes dihalang oleh had masa) dalam pernyataan pembelaannya.

Terdapat dua statut berkaitan pembatasan (had masa) tindakan, iaitu Akta Pembatasan 19534 dan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 19485.

Dari segi skop pemakaiannya Akta Pembatasan 1953 adalah lebih umum, dan ianya tentang pembatasan tindakan-tindakan dan penimbangtaraan6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 pula adalah berhubungan dengan perlindungan bagi orang-orang yang bertindak dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan statutori dan kewajipan-kewajipan awam lain7. Ia juga melindungi pihak berkuasa awam itu sendiri dalam hal yang serupa. Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan termasuk penjawat-penjawat awam perlulah mentafsir dan mengguna pakai Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dengan berhati-hati. Mengenai batasan (had masa) tindakan dibawah akta ini, ianya diperuntukkan di bawah seksyen 2(a) Akta. Seksyen 2 (a) Akta memperuntukkan seperti yang berikut:

2.  Jika, selepas mula berkuatkuasa Akta ini, apa-apa guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding lain dimulakan di Persekutuan terhadap mana-mana orang kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan menurut atau dalam melaksanakan atau dengan tujuan melaksanakan mana-mana undang-undang atau apa-apa kewajipan awam atau kuasa awam atau berkenaan dengan apa-apa keabaian atau keingkaran yang dikatakan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang bertulis, kewajipan atau kuasa tersebut, maka peruntukkan-peruntukkan berikut hendaklah berkuatkuasa -
    
(a)   guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding itu tidak boleh diambil atau dimulakan melainkan jika ianya dimulakan dalam tempoh tiga puluh enam bulan selepas sahaja perbuatan, keabaian atau keingkaran yang diadukan itu atau, berkenaan dengan kecederaan atau kerosakan yang berterusan, dalam tempoh tiga puluh enam bulan selepas sahaja perbuatan, keabaian atau keingkaran yang diadukan itu atau, berkenaan dengan kecederaan atau kerosakan yang berterusan, dalam tempoh tiga puluh enam bulan selepas sahaja terhentinya kecederaan atau kerosakan itu;

Adalah jelas bahawa seseorang (misalnya pemaju hartanah atau kontraktor) yang ingin mendakwa kerajaan8 kerana dikatakan kerajaan telah tidak melaksanakan sesuatu obligasi dibawah undang-undang bertulis atau kewajipan atau kuasa awam, atau telah mengabaikan atau mengingakari dalam melaksanakan undang-undang bertulis, kewajipan awam atau kuasa awam tersebut, hanya boleh mendakwa (yakni mengambil tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding) dalam tempoh tiga puluh enam bulan sahaja.

Perlulah disebutkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah terpakai kepada pihak-pihak berikut:

Pertama, terhadap Kerajaan Persekutuan (di bawah Perkara 69(2) Perlembagaan Persekutuan, yang dibaca bersama Mukaddimah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan seksyen 64 serta seksyen 128 Akta Tafsiran 1948 dan 1967);

Kedua,   terhadap Kerajaan-Kerajaan Negeri (di bawah Bahagian III dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, yang dibaca bersama Mukaddimah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 dan seksyen 131 Akta Tafsiran 1948 dan 1967).

Ketiga,   badan-badan berkanun yang mempunyai peruntukan didalam akta penubuhannya mengenai pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Contohnya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (di bawah seksyen 6 Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (di bawah seksyen 6 Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978), Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (di bawah seksyen 124 Akta Kerajaan Tempatan 1976), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (di bawah peruntukan seksyen 7 Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983), Universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam (di bawah seksyen 24B Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971), Lembaga Akreditasi Negara (di bawah seksyen 59 Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (di bawah peruntukan seksyen 6 Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981), dan lain-lain lagi.


3   Akta 254 (Semakan 1981)
4   Akta 254. Ia mula berkuatkuasa pada 19 Februari 1953.
5   Akta 198 (Semakan 1978). Ia mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 19 Ogos 1948 dan di Sabah dan Sarawak pada 25 Februari 1965.
6   Mukaddimah Akta.
7   Mukaddimah Akta.
8  Iaitu dibawah Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 359). Untuk prosedur prosiding sedemikian lihat Aturan 73, Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (bagi prosiding di Mahkamah Tinggi) dan Aturan 43, Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 (bagi prosiding di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen).

NOTA: Artikel ini boleh juga diperolehi di http://www.hbp.usm.my/aziz. Ia juga menjadi salah satu bab di dalam buku, ABDUL AZIZ HUSSIN. 2004. Aspek Undang-undang Dalam Projek Pembinaan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Harga RM36 (sebelum diskaun).  

Goreng Ikan Kering

Ikan kering pun dah mahal oooo... Tak mengapalah, asalkan kita masih dapat makan (iaitu ada makanan untuk dimakan, dan masih dapat menikmati makanan, iaitu masih sihat, masih hidup...)(alhamdulillaah...)

Kalau saudara/saudari nak menggoreng ikan kering dan rangup, caranya ialah:

Gunakan minyak yang pernah digunakan untuk menggoreng telor (minyak kitar semula, ops!!). Panaskan secukup panas, kemudian cepat-cepat ambil ikan kering dan basuh sekejap jer dan terus masukkan segera ke dalam minyak panas tadi.

Pasti rangup dan wangi

Mar 25, 2011

Kecil yang bukan kecil

Banyak juga perkara dalam kehidupan kita yang kita menganggapnya remeh-temeh, kecil dan tidak perlu diambil hirau. Namun kita perlu juga beringat dan menilai iaitu adakah perkara tersebut sememangnya perkara kecil, atau mungkin ia boleh membesar, terutama akibatnya, jika kita tidak membendungnya atau mengambil langkah sewajarnya. Misalnya, kita selalu diingatkan dengan ungkapan,

"Api, kecil menjadi kawan, tetapi apabila besar menjadi lawan"

Begitu juga dengan air,

"Air yang sedikit kuantitinya boleh dimanfaatkan sebagai air minum, tetapi kalau sudah besar maka ia sudah menjadi banjir"

Kita ambil comtoh berikut:

Kita meletakkan kenderaan di satu tempat meletak kenderaan di suatu kawasan perbandaran. Kebiasaannya caj meletak kenderaan akan dikenakan, misalnya 50 sen setiap setengah jam. Katakan kita terlupa membayar caj tersebut, atau enggan membayarnya, maka pihak berkuasa perbandaran akan mengeluarkan notis kompaun, katakan RM20. Selepas itu kita masih berdegil (atau masih terlupa) untuk membayar kompaun tersebut. Maka, kita akan dihadapkan ke muka pengadilan (mahkamah) di bawah seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika kita didapati bersalah dan disabitkan, maka kita boleh dikenakan denda sehingga RM300. Jika kita masih lagi gagal atau enggan (keras kepala) membayar denda tersebut maka kita akan dipenjarakan (kerana gagal membayar denda). Jadi, KITA MASUK PENJARA KERANA TIDAK MEMBAYAR CAJ MELETAK KENDERAAN! Itulah akibat sikap kita yang menganggapnya remeh, kecil dan tidak perlu diambil hirau, dan gagal menilai kesannya.

Jadi, sebagai seorang yang bistari, sempurna akalnya, dan sebagai warga yang baik, sama-samalah kita renungi dan mengambil tindakan yang sepatutnya dan sewajarnya apabila berhadapan dengan "perkara remeh dan kecil". Ini mungkin kerana sebenarnya, ia adalah suatu perkara "kecil yang bukan kecil".

Mar 24, 2011

Masak lemak pucuk labu

10 batang pucuk labu (biasanya setiap batang pucuk labu mengandungi sekitar 5-6 helai daun yang masih lembut yang boleh dijadikan sayur)
Seekor ikan kembung (mabung)(direbus/bakar dan diambil isinya)(seperti biasa, tulang tu dibuang ke dalam tong sampah, sebab kalu terpijak, aduiss... sakit la juga...)
Secawan kelapa putih (dikisar lumat)
Secawan santan
5 ulas bawang merah (dikisar lumat)
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam

Pucuk labu diasingkan daripada batangnya. Bahagian batang yang lembut dipotong-potong sekitar 2 sm panjang. Daun muda pula dipotong kasar. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan batang yang dipotong tadi sekitar 1 minit, dan masukkan pula pucuk labu tadi. Tunggu sekitar 1 minit lagi. Diangkat, dan ramas sedikit daun dan pucuk labu yang direbus tadi (tunggu la sehingga sejuk sedikit wey...Nanti melecur tangan...).

Gaulkan pucuk labu dan semua ramuan di atas. Masak di atas api sederhana beberapa minit (sekali mendidih), dan angkat. Boleh dihidangkan dan "di nyam nyam nyam..."




Pelangi (Rainbow)

Menurut laman web Wikipedia, pelangi adalah suatu fenomena optikal dan meteorologikal yang berlaku akibat spektrum cahaya yang wujud di langit apabila matahari menyinari menembusi titisan lembapan air dalam atmospera bumi. Pelangi berbentuk arca pelbagai warna. Pelangi yang disebabkan oleh sinar matahari akan wujud di bahagian langit yang berkedudukan betul-betul bertentangan dengan matahari.
       Pada saya, ia juga kejadian alam yang diwujudkan-Nya (Allah swt) dengan suatu rahsia tersembunyi dan untuk memberikan suatu petunjuk kebesaran-Nya, dan tentunya juga merupakan suatu tujuan tertentu untuk manusia rungkaikan, termasuklah Surah Yaasin: Ayat 38,
 
                                        Bermaksud, "Dan matahari berjalan di tempat peredarannya..."
Seterusnya, surah Yaasin: Ayat 82,
 
Bermaksud, "Sesungguhnya keadaanya apabila Dia (Allah swt) menghendaki sesuatu hanyalahlah berfirman: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

       Pada waktu saya kecil-kecil dahulu (masa budak-budak), orang tua-tua sering melarang  kita menunjuk dengan jari ke arah pelangi. Kata mereka, "kita boleh mendapat sial, keburukan". Orang tua-tua juga berkata bahawa pelangi itu adalah sejenis haiwan naga dan datang ke bumi untuk minum. Begitulah persepsi orang dahulu terhadap pelangi. Ini berlaku kerana pada masa itu kita "kekurangan ilmu" berkaitan pelangi, dan apabila kita kekurangan ilmu, maka tanggapan dan kesimpulan kita banyak bergantung kepada andaian sendiri. Ini meletakkan kita di dalam situasi kesamaran, tiada asas, dan membawa kepada kesimpulan yang salah. Banyak terdapat Nas yang mengingatkan kita supaya "jangan kita menghukum (memutuskan sesuatu) atas sumber yang sedikit".

Apapun,
            Pelangi itu indah, dan...
            Sangat cantik warna dan bentuknya
Namun,
            Ia tidak berbau (sama ada harum dan sebagainya)
            Ia tidak dapat kita sentuh
            Kita tidak dapat memilikinya
Ia akan semakin pudar dan hilang bersama hilangnya cahaya matahari
Pelangi...oh, pelangi....

Adakah kita juga mempunyai sifat seperti PELANGI?

Pelangi..., dari jendela rumah saya di Pulau Pinang

Mar 23, 2011

Employee Misconduct: Disobedience, Disrespect, Insubordination

Disobedience
It is settled law that willful disobedience of a lawful and reasonable order will justify summary dismissal. The important words in this respect are: ‘willful’, ‘lawful’ and ‘reasonable’ (Unipamol (M) Sdn. Bhd. v. K.J.J. Cleetus, IC Award No. 66/75). In this case the Court stated further that, “the Claimant as a senior responsible member of the Staff had a right to complain against the orders as unworkable, if he were expected to maintain productive results in the Weighbridge section.  The Claimant’s exercise of this right, the Court finds, does in no way means that he completely disobeyed orders or deliberately defied authority. The proper course for the Management should have been, if there was the necessity to alter the Hours and Days of duty for the Claimant, to make orders objectively for the good of the Company as a whole. The Court finds this an obvious case of personality-clash where one in supreme authority does his utmost to crush another having delegated authority. The Court comes to the unanimous conclusion that there was not misconduct at any time on the part of the Claimant to show willful disobedience to lawful and reasonable orders to justify his dismissal”.

What constitutes willful disobedience is expressed in the case of Adam v. Maison de Luxe, Ltd. ((1924) 35 Comm. L.R. 143)(Australia High Court) where the learned Judge observed as follows:

“It is no doubt a correct principle that, once the relation of employer and employee is established, obedience to lawful orders is, if not expressly, the impliedly, contemplated by the contract creating the relation, and mere disobedience of such orders is a breach of the bargain.  But whether disobedience in a given case is of such a character as to justify a complete dissolution of the contract by one of the parties and, as here, a forfeiture by the other of valuable accruing rights, together with some degradation - altogether a severe penalty - is, in my opinion, quite a different matter.  Such a justification requires the disobedience to be as phrased “willful disobedience of a lawful order”. 

To be exact, it must be not merely a breach but a radical breach of the relation, and inconsistent with its continuance (See South-East Asia Fire Bricks Industries Sdn. Bhd. v. Two employees, IC Award No: 18/75).

Willful and persistent refusal by an employee to obey the lawful order of his employer is one of the serious offences punishable by dismissal, considers it right to look into the past conduct. However, a single misconduct may justify dismissal only where the misconduct is such that it goes to the root of the contractual relationship of master and servant so as to indicate unwillingness on the part of the servant to continue to be bound upon his original terms of contract (Kartar & Sundar Singh Omnibus Co. Ltd., v. Transport Workers’ Union. IC Award No: 7/70.). Judgment of Lord Evershed in Laws v. London Chronicle (Indicator Newspaper) Ltd. (1959) W.L.R. 698 is also relevant:

It is settled law that “willful disobedience of a lawful and reasonable order will justify summary dismissal since willful disobedience of a lawful and reasonable order shows a disregard - a complete disregard - of a condition essential to the contract of service, namely the condition that the servant must obey the  proper orders of the master and that unless he does so the relationship is, so to speak, struck at fundamentally”.

On the refusal to acknowledge receipt of warning letters, it has been held in Menon v. The Brooklands (Selangor) Rubber Co. Ltd. (1968) 2M.L.J. 186(F.C.), that such refusal would constitute good grounds for summary dismissal.  In this case, the Court found that “the contumacious manner in which that appellant refused to obey instructions to see the manager of the estate went beyond a mere isolated act of disobedience of a lawful order.  It challenged and rejected the whole fabric of the relationship of employer and employee and effectively destroyed the trust which must subsist in any such relationship where the employee holds a responsible position”.  In Palm Beach Hotel Sdn. Bhd. v. Lim Sim Tiong and 6 others (IC Award No: 48/74) although the Court agrees broadly with the ration decidendi of the above-mentioned judgment, but the Court said still it is open to the Court to examine each case on the merits to find out if there has been any unfair labour practice or victimisation in the issue of such warning letters.

Disrespect
The statement by the
Industrial Court
in Kamiri Estate v. Munusamy s/o B.A. Rajanaido (
IC Award No: 22/75) is relevant to describe “disrespect”:

“The Court finds further that by using such a word an by his manner of approach as mentioned earlier he did cause fear of hurt to his superior, sufficient to constitute a subordinate’s disrespect for authority.  The Claimant like any other worker must learn to respect authority so as not to undermine discipline among other workers.  No Management can succeed in productivity and efficiency without a disciplined labour-force.  To be disciplined does not mean to be regimented but to behave is such a manner as to project a good image on the industry or the establishment the workers belong to for the common good, thereby giving public confidence in its progress.  It is best for the Claimant to realise from now onwards the value of co-operation in the wider interests of harmony in industrial relations, rather than by confrontation roll like a stone from Estate to Estate, as he did, gathering no moss for himself so far”.

Insubordination
In Batang Bus Company Ltd. v. Transport Workers Union (IC Award No: 29/69), the employee refused to comply with the request of the Company to submit two copies of his (the employee) photographs together with signed copy of the letter of the Company by way of an acknowledgement. The Industrial Court see this as an act of insubordination, and then the suspension of his Public Service License for being rude to a passenger and in view of his past record, the Court is of the view that his dismissal was not improper.

Willful Insubordination or disobedience of a lawful or reasonable order of a superior constitutes misconduct which would justify dismissal.  In the words of Justice Sarkar, in Calcutta Jute Manufacturing Co. Ltd. v. Calcutta Jute Manufacturing Workers’ Union ((1961) I.I L.L.J. 686 (S.C.) :

“Insubordination would include defiance of persons in authority whether such persons were the direct superiors of the workmen charged or not. It would also include riotous conduct which made it impossible for the higher officers to discharge their duties properly”.

Criminal Law: Abetment of a thing



Section 107 Penal Code (Act 574)

A person abets the doing of a thing who-
(a) instigates any person to do that thing;
(b) engages with one or more other person or persons in any conspiracy for the doing of that thing, if an act or illegal omission takes place in pursuance of that conspiracy, and in order to the doing of that thing; or
(c) intentionally aids, by any act or illegal omission, the doing of that thing.

Explanation 1-
A person who, by willful misrepresentation, or by willful concealment of a material fact which he is bound to disclose, voluntarily causes or procures, or attempts to cause or procure, a thing to be done, is said to instigate the doing of that thing.

ILLUSTRATION
A, a public officer, is authorized by a warrant from a Court to apprehend Z. B, knowing that fact and also that C is not Z, willfully represents to A that C is Z, and thereby intentionally causes A to apprehend C. Here B abets by instigation the apprehension of C.

Explanation 2-
Whoever, either prior to or at the time of the commission of an act, does anything in order to facilitate the commission of that act, and thereby facilitates the commission thereof, is said to aid the doing of that act.